BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 14 August 2024 – The Medical Services, Royal Brunei Land Force (RBLF) received a delegation from the Dewan Bahasa and Pustaka Library Bandar Seri Begawan in conjunction with the second term school holiday activities. A total of 56 members consisting of school students and library staff visited the Medical Services Headquarters RBLF, Bolkiah Garrison.

The visit began with an introductory briefing on the Medical Services RBLF, followed by a tour at the Medical Training Wing, where the delegation had the opportunity to observe the medical procedures such as blood drawing, wound dressing techniques, and explored a mini exhibition including the medical assets and equipment display.

The aim of such visit is to explore the roles and responsibilities of the Medical Services and also intended to provide the librarians an opportunity to take a closer look at the facilities and services provided at the RBLF Medical Services

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

BOLKIAH GARISON, Rabu, 14 Ogos 2024 – Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima delegasi daripada Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Bandar Seri Begawan sempena aktiviti cuti penggal kedua persekolahan. Seramai 56 ahli yang terdiri daripada murid-murid sekolah dan kakitangan perpustakaan telah mengikuti lawatan tersebut ke Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, Bolkiah Garison.

Lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan mengenai Perkhidmatan Perubatan TDDB, diikuti dengan lawatan ke Cawangan Latihan Perubatan di mana delegasi berpeluang untuk menyaksikan prosedur perubatan seperti tatacara pengambilan darah, teknik pembalutan luka, dan pameran mini termasuk aset serta kelengkapan perubatan.

Tujuan lawatan ini adalah bertujuan untuk memahami peranan dan tanggungjawab Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, dan juga memberi peluang kepada delegasi untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB.