TUTONG, Wednesday, 22nd July 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) joined together with the citizens and residents of Tutong District to greet His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for a Get-Together in conjunction with His Majesty’s 80th Birthday celebrations held at the Civic Centre Complex Field, Tutong District.

Upon the arrival of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal Family, the ceremony commenced with the National Anthem, “Allah Peliharakan Sultan,” followed by a special performance. His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and members of the Royal Family then consented to a meet-and-greet session with the organising committees and performers, citizens and residents, government departments including officers and personnel from the RBLF as well as non-governmental organisations of the Tutong District.

The RBLF was represented by officers and personnel from the Field Headquarters, Second Battalion, Engineer Regiment, and the Combined Arms Training Centre.

TDDB SERTAI MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-80 TAHUN

TUTONG, Rabu, 22 Julai 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) turut serta bersama rakyat serta penduduk Daerah Tutong bagi menyembahkan junjung ziarah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Ramah Mesra bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Baginda yang ke-80 bertempat di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong.

Sejurus keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta ahli-ahli Kerabat Diraja, majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan “Allah Peliharakan Sultan” dan diikuti dengan persembahan khas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta ahli-ahli Kerabat Diraja kemudiannya berkenan berangkat bagi sesi ramah mesra bersama ahli jawatankuasa majlis, para peserta persembahan khas, rakyat dan penduduk, jabatan-jabatan kerajaan termasuk pegawai dan anggota daripada TDDB serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Daerah Tutong.

TDDB telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dan anggota daripada Markas Medan, Batalion Kedua, Rejimen Jurutera serta Pusat Latihan Gabungan Tempur.