TOWNSVILLE, QUEENSLAND, AUSTRALIA, Thursday, 02nd July 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) and the Australian Army have successfully concluded Exercise MALLEE BULL, marked by an official closing ceremony held at Lavarack Barracks in Townsville, Queensland, Australia. A total of 40 personnel from the First Battalion (1Bn) RBLF, and 40 personnel from the First Battalion, Royal Australian Regiment (1 RAR) participated in the eight-day exercise conducted from 25th June to 2nd July 2026.  In attendance to officiate the closing were the Commanding Officer 1Bn RBLF, and Lieutenant Colonel Benedict Farrell, Commanding Officer 1 RAR.

This year’s iteration focused heavily on urban operations, allowing both armies to share specialised expertise, synchronise operational procedures, and refine leadership capabilities at the tactical level. The successful conduct of Exercise MALLEE BULL reflects the continued commitment of both countries to strengthening military-to-military relations and enhancing readiness through shared training.

MAJLIS PENUTUP EKSESAIS MALLEE BULL

TOWNSVILLE, QUEENSLAND, AUSTRALIA, Khamis, 02 Julai 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Australia telah selesai melaksanakan Eksesais MALLEE BULL, dengan satu majlis penutup yang berlangsung di Lavarack Barracks, Townsville, Queensland, Australia. Seramai 40 anggota daripada Batalion Pertama (1Bn) TDDB dan 40 anggota daripada Batalion Pertama, Rejimen Diraja Australia (1st Battalion, Royal Australian Regiment, 1 RAR) telah menyertai latihan selama lapan hari yang dijalankan dari 25 Jun hingga 2 Julai 2026. Hadir bagi menyempurnakan majlis penutup ialah Pegawai Pemerintah 1Bn RBLF dan Leftenan Kolonel Benedict Farrell, Pegawai Pemerintah 1 RAR.

Edisi latihan tahun ini tertumpu kepada operasi di kawasan bandar, yang membolehkan kedua-dua tentera berkongsi kepakaran, menyelaraskan prosedur operasi, serta mempertingkatkan keupayaan kepimpinan di peringkat taktikal. Kejayaan pelaksanaan Eksesais MALLEE BULL ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua buah negara dalam memperkukuhkan hubungan ketenteraan serta meningkatkan kesiapsiagaan melalui latihan bersama.