TUTONG CAMP, Friday, 20th November 2026 – Field Command, Royal Brunei Land Forces (RBLF), held a Doa Kesyukuran event in conjunction with its 3rd Anniversary, conducted simultaneously at all RBLF Suraus and Pulau Baru-Baru Mosque. Present at the event held at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp, was Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander RBLF. Also in attendance were Senior Officers, officers and personnel of Field Command RBLF.
The event commenced with the recitation of Surah Yasin and Tahlil, followed by Sunnat Hajat prayers and congregational Fardhu Maghrib and Isya prayers. The event concluded with the recitation of Doa Kesyukuran and Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
The event was held to express gratitude for the achievements and progress of Field Command RBLF throughout the three years since its establishment. Prayers were also offered for continued blessings and success in strengthening the command’s capabilities, operational readiness and professionalism in supporting RBLF’s role in safeguarding the nation’s sovereignty.






MEDAN TDDB MENGADAKAN ACARA DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN KE-3
PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat, 20 November 2026 – Medan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Acara Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-3 Medan TDDB secara serentak di surau-surau dan Masjid Pulau Baru-Baru. Hadir pada acara yang berlangsung di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota Medan TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat serta Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Acara diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Acara tersebut diadakan bagi menzahirkan rasa syukur atas pencapaian dan perkembangan Medan TDDB sepanjang tiga tahun penubuhannya. Doa turut dipanjatkan bagi memohon keberkatan dan kejayaan berterusan dalam memperkukuh keupayaan, kesiapsiagaan operasi serta profesionalisme anggota Medan TDDB demi mendukung peranan TDDB dalam mempertahankan kedaulatan negara.