CAMBODIA, Saturday, 14th November 2026 – Corporal Abu Yazid bin Awg Hj Abu Samah from the Signals Platoon, Support Company, 3Bn RBLF, represented Brunei Darussalam in the International Tier 1 Futsal Friendly Matches, held in conjunction with the Fédération Internationale de Football Association (FIFA) international match period in Cambodia from 6 to 14 November 2026. His participation as part of the national futsal team reflects the dedication, discipline and commitment demonstrated by RBLF personnel in pursuing sporting excellence beyond their military responsibilities.
The international friendly matches provided an opportunity for Corporal Abu Yazid to gain valuable international sporting experience, strengthen sporting relations between Brunei Darussalam and Cambodia, and promote camaraderie and sportsmanship through international competition.
RBLF continues to encourage its personnel to excel in sports as part of its commitment to developing physical fitness, resilience, teamwork and discipline, while contributing to national sporting development and representing Brunei Darussalam at the international level.







ANGGOTA TDDB WAKILI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DALAM PERLAWANAN FUTSAL PERSAHABATAN ANTARABANGSA TIER 1 DI KEMBOJA
KEMBOJA, Sabtu, 14 November 2026 – Koperal Abu Yazid bin Awg Hj Abu Samah dari Platun Semboyan, Kompeni Bantu, 3Bn TDDB, telah mewakili Negara Brunei Darussalam dalam Perlawanan Futsal Persahabatan Antarabangsa Tier 1 yang berlangsung sempena tempoh perlawanan antarabangsa Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di Kemboja dari 6 hingga 14 November 2026. Penyertaan beliau sebagai salah seorang pemain pasukan futsal kebangsaan mencerminkan dedikasi, disiplin dan komitmen anggota TDDB dalam mencapai kecemerlangan sukan di samping melaksanakan tanggungjawab ketenteraan.
Perlawanan persahabatan antarabangsa tersebut telah memberikan peluang kepada Koperal Abu Yazid untuk menimba pengalaman berharga dalam pertandingan sukan di peringkat antarabangsa, memperkukuhkan hubungan sukan antara Negara Brunei Darussalam dan Kemboja serta memupuk semangat persahabatan dan kesukanan melalui pertandingan antarabangsa.
TDDB sentiasa menggalakkan kecemerlangan anggotanya dalam bidang sukan sebagai sebahagian daripada komitmen untuk meningkatkan kecergasan fizikal, daya ketahanan, semangat kerjasama berpasukan dan disiplin, di samping menyumbang kepada pembangunan sukan negara serta mewakili Negara Brunei Darussalam di persada antarabangsa.