BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 15th November 2026 – A group of 9 personnel from the Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), comprising 1 Medical Officer and 8 Medical Services staff, attended the National Resuscitation Conference 2026, held at the Theatre Hall, Ministry of Finance. The conference was officiated by the Guest of Honour, Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Deputy Permanent Secretary (Professional), Ministry of Health.

In her speech at the launch of the conference, Dr Hajah Rafidah highlighted the importance of resuscitation and basic life support in substantially improving survival. She also outlined the national goal of training 50% of the population of Brunei Darussalam in basic first aid and life support by 2035.

Themed “Hands That Save”, the full-day conference featured two distinguished international speakers from the American Heart Association (AHA): Mr Gareth Patrickson, Senior Vice President, International Business; and Dr Jane G Wigginton, Vice Chair of the Advanced Life Support Writing Group and First Author of the 2025 AHA Advanced Life Support Guidelines. Dr Wigginton delivered the keynote address, “Hands That Save: From First Compression to Recovery”, reiterating that high-quality CPR is the most important aspect of life support.

Lectures focused on resuscitation science, including resuscitation in special populations, and on incorporating evidence-based guidance into life support skills to improve the survival of cardiac arrest patients. The conference also emphasised strengthening basic life support skills not only among healthcare workers, but across all sectors of the public, including the working sectors and students.

Participation in the conference reflects RBLF Medical Services’ continued commitment to professional development and to delivering evidence-based care to service members and the wider community.

HANDS THAT SAVE: ANGGOTA KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN TDDB MENGHADIRI PERSIDANGAN RESUSITASI KEBANGSAAN 2026

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 15 November 2026 – Seramai 9 orang anggota Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), terdiri daripada 1 Pegawai Perubatan dan 8 anggota perubatan, telah menghadiri Persidangan Resusitasi Kebangsaan 2026 yang diadakan di Dewan Teater, Kementerian Kewangan. Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh tetamu kehormat, Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan.

Dalam ucapan beliau, Yang Mulia Dr Hajah Rafidah menekankan kepentingan resusitasi dan bantuan hayat asas dalam meningkatkan kadar kelangsungan hidup yang signifikan. Beliau juga menggariskan matlamat negara untuk melatih 50 peratus penduduk Negara Brunei Darussalam dalam pertolongan cemas asas dan bantuan hayat menjelang tahun 2035.

Bertemakan “Hands That Save“, persidangan tersebut menampilkan dua tokoh penceramah antarabangsa dari American Heart Association (AHA), iaitu Mr Gareth Patrickson, Naib Presiden Kanan, Perniagaan Antarabangsa; dan Dr Jane G Wigginton, Naib Pengerusi Advanced Life Support Writing Group dan Pengarang Utama Garis Panduan Advanced Life Support AHA 2025. Dr Wigginton menyampaikan ucapan bertajuk “Hands That Save: From First Compression to Recovery“, dengan menegaskan bahawa CPR berkualiti tinggi merupakan aspek paling penting dalam bantuan hayat.

Ceramah-ceramah yang disampaikan memberi tumpuan kepada sains berhubung kait dengan resusitasi, termasuk resusitasi bagi populasi khas, serta penerapan panduan berasaskan bukti ke dalam kemahiran bantuan hayat bagi meningkatkan kadar survival bagi pesakit jantung terhenti. Persidangan juga menekankan pengukuhan kemahiran bantuan hayat asas bukan sahaja dalam kalangan petugas kesihatan, malahan merangkumi semua sektor masyarakat, termasuk sektor pekerjaan dan para pelajar.

Penyertaan dalam persidangan ini mencerminkan komitmen berterusan Khidmat Perubatan dan Kesihatan, TDDB, terhadap pembangunan profesional dan penyampaian rawatan berasaskan bukti kepada anggota tentera dan masyarakat umum.