TUTONG CAMP, Wednesday, 4 November 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) celebrated its 65th Anniversary with a parade comprising 1,065 personnel held at Tutong Camp. The event was attended by Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander, along with the RBLF Board of Executives, Senior Land Forces Officers from the Ministry of Defence, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) as well as RBLF Officers and personnel.
The celebration commenced with the entry of the parade contingents, followed by the general salute led by Major Muhammad Rafie bin Haji Abdul Wahid, Parade Commander. The event proceeded with the inspection of the parade, followed by a speech delivered by the RBLF Commander.
In his speech, the RBLF Commander emphasised the need to remain operationally ready in line with the RBLF’s “Mission-Ready Land Forces” aspiration. He called on leaders at every level to apply the guidance provided in the recently issued publications in their duties, training and operations. He also urged the leaders to use the five TERAS principles in unit planning, training, resource management and readiness assessments. These principles cover sound governance, effective training, planning based on operational priorities, trust and accountability, and esprit de corps.
He further emphasised that the RBLF draws its strength from knowledgeable, skilled and resilient personnel, and that realistic, progressive training, discipline and integrity will effectively prepare them for current and future missions.
The event continued with the presentation of badges and flags to the Combined Arms Training Centre (CATC) RBLF and First Squadron Armour. This was followed by the recitation of the RBLF pledge and the chanting of the RBLF motto, “Semangat Waja“, before the recitation of Doa Selamat. Following the prayer, the celebration continued with a performance by the Basic Silent Precision Drill Squad (SPDS), followed by an assault demonstration showcasing Small Unit Operations (SUO) involving RBLF Commandos and Special Task Platoons from the respective infantry battalions.
At a separate event at the Officers’ Mess, Tutong Camp, the RBLF launched six key publications. These are the RBLF Commander’s Guidance 2026, Panduan Penerapan Kerohanian dan Akhlak TDDB, CATC General Standing Orders, CATC Platoon Tactical Aide Memoire (TAM), Small Unit Operations (SUO) and RBLF Commando Standing Orders. The celebration then continued with a cake-cutting, recitation of Doa and luncheon, which is also held concurrently at the Warrant Officers, Staff Sergeants and Sergeants’ Mess, Tutong Camp.









































TDDB MERAIKAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE-65
PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu, 4 November 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah meraikan Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-65 dengan perbarisan yang melibatkan seramai 1,065 anggota bertempat di Perkhemahan Tutong. Acara tersebut dihadiri oleh Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, bersama Badan Eksekutif TDDB, Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat dari Kementerian Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), serta Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Sambutan dimulakan dengan kemasukan kontinjen perbarisan, diikuti dengan tabik hormat yang diketuai oleh Mejar Muhammad Rafie bin Haji Abdul Wahid, Ketua Perbarisan. Acara kemudiannya diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan, diikuti dengan perutusan yang disampaikan oleh Pemerintah TDDB.
Dalam perutusannya, Pemerintah TDDB menekankan kepentingan mengekalkan kesiapsiagaan operasi selaras dengan aspirasi “Mission-Ready Land Forces”. Beliau menyeru para pemimpin di semua peringkat agar menggunakan penerbitan baharu sebagai panduan dalam pelaksanaan tugas, latihan dan operasi. Beliau turut menyeru para pemerintah agar menerapkan lima prinsip TERAS dalam perancangan unit, latihan, pengurusan sumber dan penilaian kesiapsiagaan. Prinsip tersebut ialah Tadbir Urus, Efektif Latihan, Rancang dan Perancangan, Amanah dan Tanggungjawab serta Setia Kawan.
Beliau menegaskan bahawa kekuatan TDDB juga bertunjang pada warganya yang berilmu, mahir dan berjiwa kental, serta menekankan kepentingan latihan yang realistik dan progresif, disiplin dan integriti dalam mempersiapkan anggota bagi menghadapi misi semasa dan masa hadapan.
Acara diteruskan dengan penyampaian lencana dan bendera Pusat Latihan Gabungan Tempur (PULGAT) TDDB serta penyampaian lencana dan bendera Skuadron Armor Pertama. Ini disusuli dengan lafaz ikrar TDDB dan laungan moto TDDB, “Semangat Waja”, sebelum bacaan Doa Selamat. Selepas bacaan doa, sambutan diteruskan dengan persembahan Kawad Senyap dan Tepat (SPDS) serta Demonstrasi Small Unit Operation yang terdiri daripada Komando Tentera Darat Diraja Brunei (Kdo TDDB) dan Platun Gerak Khas (PGK) daripada semua batalion.
Pada acara berasingan di Mes Pegawai, Perkhemahan Tutong, TDDB telah melancarkan enam penerbitan utama, iaitu Panduan Pemerintah TDDB 2026, Buku Panduan Penerapan Kerohanian dan Akhlak TDDB, CATC-1 General Standing Orders, CATC-2-1.03 Platoon Tactical Aide Memoire (TAM), Doktrin Small Unit Operations (SUO) dan Hukuman Tetap Komando TDDB. Sambutan kemudiannya diteruskan dengan acara memotong kek, bacaan doa dan jamuan tengah hari dan ini juga diadakan secara serentak di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Perkhemahan Tutong.