PENANJONG GARRISON, Saturday, 3rd October 2026 – 2Bn RBLF and the 5th Singapore Infantry Regiment (5 SIR), Singapore Army, successfully concluded Exercise MAJU BERSAMA 29/2026 with a Final Attack at the FIBUA Complex, Penanjong Garrison.

Present to witness the Final Attack were Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Acting Deputy Commander RBLF, and Brigadier General Chong Shi Hao, Commander 3rd Division, Singapore Army. The programme commenced with an operational briefing at the Brigade Command Post (BCP), followed by a series of coordinated tactical manoeuvers aimed at assessing combat readiness, command and control, tactical proficiency and interoperability between both armies.

The Final Attack marked the conclusion of Exercise MAJU BERSAMA 29/2026, providing participating personnel with the opportunity to apply their tactical knowledge and skills in a realistic urban operational environment. The exercise featured the integration of S-70i helicopters, VAB Armoured Vehicles from the RBLF and Terrex Infantry Carrier Vehicles from the Singapore Army, demonstrating the ability of both armies to coordinate and execute combined tactical operations in a complex urban environment.

EKSESAIS MAJU BERSAMA 29/2026 BERAKHIR

PENANJONG GARISON, Sabtu, 3 Oktober 2026 – 2Bn TDDB bersama 5th Singapore Infantry Regiment (5 SIR), Tentera Darat Singapura, telah menamatkan Eksesais MAJU BERSAMA 29/2026 dengan mengadakan Serangan Akhir bertempat di Kompleks FIBUA, Penanjong Garison.

Hadir menyaksikan Serangan Akhir tersebut ialah Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemangku Timbalan Pemerintah TDDB, dan Brigedier Jeneral Chong Shi Hao, Pemerintah Divisyen Ketiga, Tentera Darat Singapura. Acara dimulakan dengan Taklimat Operasi di Brigade Command Post (BCP), diikuti dengan beberapa siri pergerakan dan tindakan taktikal secara bersepadu bagi menilai tahap kesiapsiagaan tempur, pemerintahan dan kawalan, kemahiran taktikal serta kesalingoperasian antara kedua-dua angkatan tentera.

Serangan Akhir tersebut menandakan berakhirnya Eksesais MAJU BERSAMA 29/2026, sekali gus memberi peluang kepada anggota yang terlibat untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran taktikal dalam persekitaran operasi bandar yang realistik. Latihan ini turut melibatkan pengintegrasian helikopter S-70i, kenderaan berperisai VAB daripada TDDB serta Terrex Infantry Carrier Vehicles daripada Tentera Darat Singapura, yang memperlihatkan keupayaan kedua-dua angkatan tentera dalam menyelaras dan melaksanakan operasi taktikal bersama di kawasan bandar yang kompleks.