PENANJONG GARRISON, Wednesday, 30 September 2026 – 2Bn RBLF and Engineer Regiment RBLF (ER RBLF), together with the 5th Battalion, Singapore Infantry Regiment (5 SIR) and 11th C4I Battalion, Singapore Army officially commenced Exercise MAJU BERSAMA 29/2026 (XMB 29/2026) and Exercise RINTIS BERSAMA 26/2026 (XRB 26/2026) with an Opening Ceremony held at the Parade Square, Royal Brunei Armed Forces Training Institute, Penanjong Garrison.

The Opening Ceremony was officiated by Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander, and Major General Cai Dexian, Chief of Army, Singapore Armed Forces. Also in attendance were Senior Officers, officers and personnel from both Land Forces participating in the exercises.

Both exercises aim to enhance operational readiness and strengthen bilateral military cooperation through a range of joint training activities. The training provides participating personnel with opportunities to exchange professional knowledge, share operational experiences and enhance their ability to operate effectively alongside one another. Throughout the exercises, personnel from the participating units will conduct various training activities aimed at enhancing operational capabilities, teamwork and readiness, while fostering greater mutual understanding and camaraderie between both land forces.

XMB 29/2026 and XRB 26/2026 underscore the longstanding defence relationship between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore, while reaffirming the continued commitment of both armed forces towards enhancing operational readiness, interoperability and professional cooperation. The exercises also form part of activities commemorating the 50th anniversary of defence relations between both countries, reflecting five decades of close military ties and mutual understanding.

TDDB DAN TENTERA SINGAPURA MULAKAN EKSESAIS MAJU BERSAMA 29/2026 DAN RINTIS BERSAMA 26/2026

PENANJONG GARISON, Rabu, 30 September 2026 – 2Bn TDDB dan Rejimen Jurutera TDDB (RJ TDDB), bersama Batalion Ke-5, Rejimen Infantri Singapura (5 SIR) dan Batalion Ke-11 C4I, Tentera Singapura secara rasminya memulakan Eksesais MAJU BERSAMA 29/2026 (XMB 29/2026) dan Eksesais RINTIS BERSAMA 26/2026 (XRB 26/2026) melalui Upacara Pembukaan yang diadakan di Padang Kawad, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison.

Upacara Pembukaan telah disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, dan Mejar Jeneral Cai Dexian, Chief of Army, ABRS. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, pegawai dan anggota daripada kedua-dua Tentera Darat yang terlibat dalam eksesais berkenaan.

Kedua-dua eksesais bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan operasi serta memperkukuhkan kerjasama ketenteraan dua hala melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti latihan bersama. Latihan ini memberi peluang kepada anggota yang terlibat untuk bertukar pengetahuan profesional, berkongsi pengalaman operasi serta meningkatkan keupayaan untuk beroperasi secara berkesan bersama. Sepanjang eksesais, anggota daripada unit-unit yang terlibat akan melaksanakan pelbagai aktiviti latihan yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan operasi, kerja berpasukan dan kesiapsiagaan, di samping memupuk persefahaman dan semangat setiakawan yang lebih erat antara kedua-dua tentera darat.

XMB 29/2026 dan XRB 26/2026 mencerminkan hubungan pertahanan yang telah lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, di samping memperteguh komitmen berterusan kedua-dua angkatan tentera dalam meningkatkan kesiapsiagaan operasi, interoperabiliti dan kerjasama profesional. Kedua-dua eksesais ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti memperingati ulang tahun ke-50 hubungan pertahanan antara kedua-dua negara, yang mencerminkan lima dekad hubungan ketenteraan yang erat dan persefahaman bersama.