PENANJONG GARRISON, Wednesday, 30 September 2026 – In conjunction with the Golden Jubilee of Defence Relations between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore, The Ground Breaking Ceremony of the renewal of Sungai Buaya Bridge was held at Sungai Buaya Bridge, Binturan, Penanjong Garrison.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Lieutenant Colonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Head of Religious Affairs, RBLF, followed by opening remarks delivered by Hajah Adinah binti Haji Mohd Jaya, Acting Director of DDWS. This was followed by the Ground Breaking Ceremony, jointly officiated by Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander, and Major General Cai Dexian, Chief of Army, Singapore Armed Forces (SAF) and SR. Dayang Hajah Wan Farhani binti Haji Suhaili, Deputy Permanent Secretary (Finance and Development), Ministry of Defence.

In attendance were also Acting Deputy Commander RBLF; Director of Defence Policy; Acting Director of Finance and Procurement; Commandant of the Royal Brunei Armed Forces Training Institute; Chief of Staff RBLF, Senior Officers and personnel from the Ministry of Defence and RBLF, as well as representatives from the Singapore Army and relevant departments and agencies involved in the project.

Originally built jointly by the Royal Brunei Land Forces and the Singapore Army in 2016, the Sungai Buaya Bridge is now set for renewal, with work officially beginning a decade later. The project will replace the existing bridge with a higher-capacity structure, improving access through the Binturan Firing Range and allowing larger, heavier vehicles to cross more easily. The renewal of Sungai Buaya Bridge stands as a tangible milestone that represents five decades of enduring partnership and close defence cooperation between the two armed forces.

MAJLIS PELETAKAN BATU ASAS PEMBAHARUAN JAMBATAN SUNGAI BUAYA, BINTURAN, PENANJONG GARISON

PENANJONG GARISON, Rabu, 30 September 2026 – Sempena Sambutan Jubli Emas Hubungan Pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Singapura, Majlis Peletakan Batu Asas bagi kerja-kerja pembaharuan Jambatan Sungai Buaya telah diadakan di Jambatan Sungai Buaya, Binturan, Garison Penanjong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Ketua Agama TDDB, diikuti dengan ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Hajah Adinah binti Haji Mohd Jaya, Pemangku Pengarah JPPK. Seterusnya, Acara Peletakan Batu Asas telah disempurnakan bersama oleh Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, Mejar Jeneral Cai Dexian, Panglima Tentera Darat, Republik Singapura dan SR. Dayang Hajah Wan Farhani binti Haji Suhaili, Timbalan Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pembangunan), Kementerian Pertahanan.

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pemerintah TDDB; Pengarah Dasar Pertahanan; Pemangku Pengarah Kewangan dan Perolehan; Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Ketua Staf TDDB; Pegawai-pegawai Kanan dan anggota daripada Kementerian Pertahanan dan TDDB, serta wakil daripada Tentera Singapura dan jabatan serta agensi berkaitan yang terlibat dalam projek berkenaan.

Jambatan Sungai Buaya yang asalnya dibina bersama oleh Tentera Darat Diraja Brunei dan Tentera Singapura pada tahun 2016 kini akan diperbaharui, dengan kerja-kerja pembinaan sepuluh tahun kemudian. Projek ini akan menggantikan jambatan sedia ada dengan struktur berkapasiti lebih tinggi, sekali gus meningkatkan akses melalui Binturan Firing Range dan memudahkan kenderaan yang lebih besar serta berat untuk melaluinya. Pembaharuan Jambatan Sungai Buaya ini merupakan satu pencapaian bermakna yang mencerminkan lima dekad perkongsian erat dan kerjasama pertahanan yang berterusan antara kedua-dua angkatan tentera.