BERAKAS GARRISON, Tuesday, 22nd September 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) received a courtesy call from Yang Berbahagia General Tan Sri Azhan bin Haji Md Othman, Chief of Malaysian Army at RBLF Headquarters, Berakas Garrison as part of his four-days Introductory Visit to Brunei Darussalam from 21 to 24 September 2026.

Upon arrival at the RBLF Headquarters, Yang Berbahagia General Tan Sri Azhan was received by Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander, followed by the inspection of the Guard of Honour mounted by personnel from the 2Bn RBLF and the Royal Guards Regiment, RBLF.

Yang Berbahagia General Tan Sri Azhan subsequently paid a courtesy call to RBLF Commander. During the call, both sides highlighted the longstanding and close defence ties between the two armies and reaffirmed their commitment to further strengthen bilateral cooperation at the army level. Cooperation between the two armies has been strengthened through various bilateral engagements and courses. Both sides also discussed opportunities for future military training activities.

Yang Berbahagia General Tan Sri Azhan also has the opportunity to pay a Courtesy Call with Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Commander, at the Ministry of Defence.

Yang Berbahagia General Tan Sri Azhan and his delegation also attended the Official Dinner hosted by RBLF Commander held at the Officers’ Mess, Berakas Garrison. Also present were Acting Deputy RBLF Commander, RBLF Chief of Staff, Senior Officers together with their respective spouses and officers of the RBLF.

LAWATAN PENGENALAN PANGLIMA TENTERA DARAT MALAYSIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BERAKAS GARISON, Selasa, 22 September 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima kunjungan hormat daripada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Azhan bin Haji Md Othman, Panglima Tentera Darat Malaysia (PTD Malaysia) bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison, sempena sebahagian daripada Lawatan Pengenalan 4 hari beliau ke Negara Brunei Darussalam bermula dari 21 hingga 24 September 2026.

Sejurus ketibaan di Markas TDDB, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Azhan telah disambut oleh Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, diikuti dengan menerima tabik hormat dan memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota 2Bn TDDB dan Rejimen Pengawal Diraja TDDB.

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Azhan seterusnya mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pemerintah TDDB. Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak menekankan hubungan pertahanan yang rapat dan telah lama terjalin antara kedua-dua angkatan tentera darat serta menegaskan komitmen untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala di peringkat tentera darat. Kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera darat telah diperkukuhkan melalui pelbagai interaksi dua hala dan kursus. Kedua-dua pihak turut membincangkan peluang bagi melaksanakan latihan ketenteraan pada masa akan datang.

Sebagai sebahagian daripada program lawatan, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Azhan juga berkesempatan untuk membuat Kunjungan Hormat kepada Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), di Kementerian Pertahanan.

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Azhan dan delegasi juga menghadiri Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Pemerintah TDDB bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison. Majlis tersebut dihadiri oleh Pemerintah TDDB, Pemangku Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan serta Isteri masing-masing dan pegawai-pegawai TDDB.