BERAKAS GARRISON, Friday, 25 September 2026 – A promotion ceremony for Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) from the Combat Service Support Royal Brunei Land Forces (CSS RBLF), Medical Services and Dental Services was held today at the Warrant Officers’, Staff Sergeants’ and Sergeants’ Mess, Berakas Garrison. Present to officiate the event was Colonel Dr Jefri bin Hj Abdul Razak, Chief Dental Services (CDS), RBLF. Also in attendance were Senior Officers, officers, SNCOs and family members of the promoted personnel.
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of ranks by CDS RBLF. The event then continued with the recitation of a Special Doa and concluded with a group photo session. A total of 15 SNCOs were promoted during the event, comprising three Acting Staff Sergeants promoted to Substantive Staff Sergeants and 12 Sergeants promoted to Acting Staff Sergeants.
The promotion event marked a significant milestone in the careers of the promoted personnel and recognised their continued commitment and service to the Royal Brunei Armed Forces.



ACARA KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA TDDB
BERAKAS GARISON, Jumaat, 25 September 2026 – Acara Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) bagi anggota Khidmat Bantuan Kombat, Khidmat Perubatan dan Kesihatan serta Khidmat Pergigian, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison. Hadir bagi merasmikan acara ialah Kolonel Dr Jefri bin Hj Abdul Razak, Ketua Khidmat Pergigian, TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan serta ahli keluarga anggota yang dinaikkan pangkat.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian pangkat oleh Ketua Khidmat Pergigian, TDDB. Acara kemudiannya diteruskan dengan bacaan Doa Khas dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai. Seramai 15 orang PTB Kanan telah dinaikkan pangkat, terdiri daripada tiga Pemangku Staf Sarjan dinaikkan ke pangkat Staf Sarjan Tetap dan 12 Sarjan dinaikkan ke pangkat Pemangku Staf Sarjan.
Acara kenaikan pangkat ini merupakan satu pencapaian penting dalam kerjaya anggota yang dinaikkan pangkat, di samping sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan khidmat bakti mereka yang berterusan kepada Tentera Darat Diraja Brunei.