JERUDONG, Thursday, 17 September 2026 – The 2Bn and 3Bn RBLF participated in the Table-Top Exercise National Disaster Exercise 2026 (TTX LBK-26) Series 2, held from 15th to 17th September 2026 at the BRIDEX Conference Hall, Jerudong. In attendance were the Commanding Officers of 2Bn RBLF and 3Bn RBLF, together with officers and personnel from both battalions.

TTX LBK-26 is a national-level disaster management exercise conducted through a Whole-of-Nation approach involving the Strategic, Operational and Tactical levels. The exercise aimed to test and assess national preparedness and response capabilities, while evaluating the effectiveness of coordination, communication and reporting among participating agencies.

The exercise utilised a simulated large-scale post-tsunami scenario, requiring participants to assess the situation, determine priorities, make decisions and coordinate actions according to their respective roles and responsibilities. It also tested the application of the Incident Command System (ICS) in command and control, resource management and the coordination of disaster response operations.

The participation of 2Bn RBLF and 3Bn RBLF in TTX LBK-26 provided officers and personnel with exposure to disaster management and inter-agency cooperation. The participation also further strengthened the RBLF’s preparedness and ability to support national disaster management and response efforts. The exercise concluded with a Hotwash Evaluation followed by the Official Closing Ceremony held on 17th September 2026, marking the successful completion of the exercise.

LATIHAN BENCANA KEBANGSAAN 2026

JERUDONG, Khamis, 17 September 2026 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) dan Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB) telah menyertai Table-Top Exercise Latihan Bencana Kebangsaan 2026 (TTX LBK-26) Siri 2 yang diadakan dari 15 hingga 17 September 2026 bertempat di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong. Hadir bagi menyertai eksesais tersebut ialah Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB bersama pegawai-pegawai dan anggota-anggota daripada kedua-dua unit.

TTX LBK-26 merupakan latihan pengurusan bencana peringkat kebangsaan yang dilaksanakan melalui pendekatan Whole-of-Nation dengan melibatkan peringkat Strategik, Operasi dan Taktikal. Latihan ini bertujuan untuk menguji dan menilai tahap kesiapsiagaan serta keupayaan tindak balas negara, di samping menilai keberkesanan penyelarasan, komunikasi dan pelaporan antara agensi yang terlibat.

Latihan tersebut menggunakan senario simulasi pasca tsunami berskala besar yang memerlukan para peserta menilai situasi, menentukan keutamaan, membuat Keputusan dan menyelaras tindakan berdasarkan peranan serta tanggungjawab masing-masing. Latihan turut menguji pengaplikasian Incident Command System (ICS) dalam aspek arahan dan kawalan, pengurusan sumber dan penyelarasan tindak balas bencana.

Penyertaan 2Bn TDDB dan 3Bn TDDB dalam TTX LBK-26 telah memberikan pendedahan kepada pegawai dan anggota dalam pengurusan bencana serta kerjasama antara agensi. Penglibatan tersebut turut memperkukuhkan kesiapsiagaan TDDB dalam mendukung usaha pengurusan dan tindak balas bencana di peringkat kebangsaan. Latihan ini diakhiri dengan sesi Hotwash Evaluation yang disusuli dengan Majlis Penutup Rasmi pada 17 September 2026 sekali gus menandakan selesainya latihan tersebut.