UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM, Sunday, 9th August 2026 – Dental Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), participated in the Health Carnival and Future Healthcare Leaders’ Symposium organised by the Brunei Medical Students’ Association (BMSA) at the Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah Institute of Health Sciences Extension Building, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

The programme aimed to introduce A-Level students in Brunei Darussalam to various career opportunities in the healthcare sector through sharing sessions and discussions with medical and healthcare professionals. As part of the event, Dental Services RBLF set up an exhibition booth to provide students with an insight into the roles, services and career opportunities within military dentistry.

During the Future Healthcare Leaders’ Symposium, Deputy Chief Dental Services (Clinical), Lieutenant Colonel Dr Hajah Norinda binti Haji Tengah, was invited as an onstage speaker to deliver a presentation. The Chief Dental Services and Deputy Chief Dental Services (Clinical) also serve as Adjunct Senior Associate Professors in the Undergraduate Dental Programme at UBD, where they contribute to lectures, student assessments and supervision of research projects.

This marked the first involvement of Dental Services RBLF in the symposium and exhibition organised by BMSA. Their involvement provided an opportunity to highlight military dentistry as a professional field, while encouraging students to explore dentistry as a future career pathway.

The participation also supports Strategic Objective 4 of the Dental Services Strategic Plan 2022, “Support Defence Diplomacy and Whole of Nation Approach”, by strengthening collaboration with local higher education institutions and contributing to the development of local dental education and training.

KHIDMAT PERGIGIAN TDDB SERTAI HEALTH CARNIVAL AND FUTURE HEALTHCARE LEADERS’ SYMPOSIUM

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM, Ahad, 9 Ogos 2026 – Khidmat Pergigian, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah menyertai Health Carnival and Future Healthcare Leaders’ Symposium anjuran Brunei Medical Students’ Association (BMSA) yang diadakan di Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah Institute of Health Sciences Extension Building, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Program ini bertujuan memperkenalkan pelajar A-Level di Negara Brunei Darussalam kepada pelbagai peluang kerjaya dalam sektor penjagaan kesihatan melalui sesi perkongsian dan perbincangan bersama para profesional perubatan dan kesihatan. Sebagai sebahagian daripada program tersebut, Khidmat Pergigian TDDB telah menyertai pameran kerjayabagi memberikan gambaran kepada para pelajar mengenai peranan, perkhidmatan dan peluang kerjaya dalam bidang pergigian tentera.

Semasa Future Healthcare Leaders’ Symposium, Timbalan Ketua Khidmat Pergigian (Klinikal), Leftenan Kolonel Dr Hajah Norinda binti Haji Tengah, telah dijemput sebagai onstage speaker bagi menyampaikan pembentangan. Ketua Khidmat Pergigian dan Timbalan Ketua Khidmat Pergigian (Klinikal) juga berkhidmat sebagai Adjunct Senior Associate Professors dalam Program Sarjana Muda Pergigian di UBD, di mana mereka menyumbang dalam penyampaian kuliah, penilaian mahasiswa dan penyeliaan projek penyelidikan.

Penglibatan ini merupakan kali pertama Khidmat Pergigian TDDB menyertai simposium dan pameran yang dianjurkan oleh BMSA. Penglibatan tersebut memberikan peluang untuk mengetengahkan bidang pergigian tentera sebagai satu bidang profesional, di samping menggalakkan para pelajar untuk meneroka bidang pergigian sebagai salah satu laluan kerjaya pada masa hadapan.

Penyertaan ini turut menyokong Objektif Strategik 4 dalam Pelan Strategik Perkhidmatan Pergigian 2022, “Menyokong Diplomasi Pertahanan dan Pendekatan Seluruh Negara (Whole of Nation Approach)”, melalui pengukuhan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi tempatan serta menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan latihan pergigian tempatan.