BELAIT, Saturday, 1st August 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF), represented by officers and personnel from the Third Battalion Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF), joined citizens and residents of Belait District in greeting His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, during a Get-Together held in conjunction with His Majesty’s 80th Birthday Celebration at the Municipal Field, Jalan Sultan, Kuala Belait.
The celebration commenced with the National Anthem “Allah Peliharakan Sultan“, followed by special performances. His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Royal Family members then consented to receive a meet-and-greet session commencing with the organising committees and performers, followed by the citizens and residents, government departments and non-governmental organisations of the Belait District, including officers and personnel from the 3Bn RBLF. His Majesty was greeted by Lieutenant Colonel Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, the Commanding Officer of 3Bn RBLF.








3BN TDDB SERTAI MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-80 TAHUN
BELAIT, Sabtu, 1 Ogos 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), yang diwakili oleh pegawai-pegawai dan anggota Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB), telah menyertai rakyat dan penduduk Daerah Belait untuk menyembahkan junjung ziarah Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Majlis Ramah Mesra bersempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Ke-80 yang diadakan di Padang Bandaran, Jalan Sultan, Kuala Belait.
Sambutan dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan “Allah Peliharakan Sultan” dan diikuti dengan persembahan khas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli-ahli Kerabat Diraja seterusnya dijunjung berangkat bagi Majlis Ramah Mesra yang dimulai dengan Ahli-ahli Jawatankuasa, para peserta persembahan, dan disusuli dengan rakyat dan penduduk, wakil-wakil daripada jabatan-jabatan kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Daerah Belait termasuk Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari 3Bn TDDB. Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah dijunjung oleh Leftenan Kolonel Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB.