PERKHEMAHAN TUTONG, Friday, 31st July 2026 – The Second Battalion, Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF), organised a two-day Individual Military Appreciation Process Tactical Exercise Without Troops (IMAP TEWT) Study Day from 30th to 31st July 2026 to enhance the junior officers’ knowledge and competencies in the military appreciation process and operational planning. Also in attendance during the study day were Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander RBLF, along with RBLF Senior Officers and Officers, which was held at the Officers’ Mess, 2Bn RBLF, Tutong Camp.
Throughout the two-day session, participants — attended by Junior Officers ranked Lieutenant to Captain — engaged in learning the IMAP, which is a key tactical planning tool used to analyse battlefield factors, assess potential threat courses of action, and formulate sound tactical solutions. They also analysed complex tactical scenarios designed to test their ability to issue swift, effective military decisions under pressure.
The execution of the IMAP TEWT Study Day underlines RBLF’s ongoing commitment to professional military education, enhancing command capability, and maintaining high operational readiness among the junior officers.









HARI BELAJAR IMAP TEWT TDDB
PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat, 31 Julai 2026 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengendalikan Hari Belajar bagi Individual Military Appreciation Process Tactical Exercise Without Troops (IMAP TEWT) selama dua hari, dari 30 hingga 31 Julai 2026, bagi meningkatkan pengetahuan serta kompetensi pegawai-pegawai muda dalam proses ketenteraan dan perancangan operasi. Turut hadir semasa hari belajar tersebut ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, bersama Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai TDDB yang berlangsung di Mes Pegawai 2Bn TDDB, Perkhemahan Tutong.
Sepanjang sesi dua hari tersebut, para peserta — yang terdiri daripada pegawai muda berpangkat Leftenan hingga Kapten — telah terlibat dalam pembelajaran mengenai IMAP iaitu kaedah perancangan taktikal yang digunakan untuk menganalisa faktor medan pertempuran, menilai tindakan ancaman, serta merangka penyelesaian taktikal. Peserta juga membuat analisa senario taktikal yang direka bentuk untuk menguji keupayaan mereka dalam membuat keputusan ketenteraan yang pantas dan berkesan di bawah tekanan.
Pelaksanaan Hari Belajar IMAP TEWT ini mencerminkan komitmen berterusan TDDB dalam pendidikan ketenteraan profesional, meningkatkan keupayaan perintah, serta mengekalkan tahap kesiapsiagaan operasi yang tinggi dikalangan pegawai-pegawai muda.