KUALA LUMPUR, Wednesday10th December 2025 Major Haji Muhammad Khairi bin Haji Abdul Latif, Officer Commanding of the 2nd Squadron, Chemical Biological Radiological Explosive (CBRE) Engineer Regiment, Royal Brunei Land Forces (2Sqn CBRE Engr Regt RBLF) and Captain Muhammad Athhar Ridzwan bin Haji Muhammad Alamizan, Operation Officer 2Sqn CBRE Engr Regt, had attended the 7th Annual Meeting of the Network of ASEAN Chemical Biological and Radiological (ASEAN CBR) Defence Experts, held from 9th to 10th December 2025 in Kuala Lumpur, Malaysia. 

The two-day event, co-organised by the Republic of Singapore and Malaysia, brought together over 90 participants from the ASEAN member states, except Timor-Leste. The meeting was officiated by Colonel Teo Chee Wee, Commander of the Chemical Biological Radiological and Explosive (CBRE) Defence Group, Singapore Armed Forces, and featured a keynote address by Mr Nor Azlan Mohd Ramli, Director General, Science & Technology Research Institution for Defence (STRIDE), Malaysia. The meeting includes a presentation focusing on this year’s theme “Advancing CBR Forensics in ASEAN“, followed by a review of the Network’s activities in 2025 and discussions on the proposed workplan for 2026. It was also enlivened by the participation of guest speakers from Germany, Finland, the United States and Japan. In addition, participants had the opportunity to visit the 12 Squadron, Royal Engineer Regiment at Terendak Camp, Melaka, and the Army Museum in Port Dickson.

The Network of ASEAN CBR Defence Experts, established in 2018 through the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM), aims to strengthen regional cooperation against CBR threats. RBLF participation certainly strengthens the bilateral relations and strategic cooperation between representatives of ASEAN countries and international partners in the field of defence related to Chemical, Biological and Radiological threats (CBR).

MESYUARAT TAHUNAN KE-7 NETWORK OF ASEAN CBR DEFENCE EXPERTS

KUALA LUMPUR, Rabu, 10 Disember 2025 – Mejar Haji Muhammad Khairi bin Haji Abdul Latif, Pegawai Memerintah Skuadron Kedua, Rejimen Jurutera Kimia Biologi Radiologi dan Letupan, Tentera Darat Diraja Brunei (2Skn KBRL RJ TDDB), dan Kapten Muhammad Athhar Ridzwan bin Haji Muhammad Alamizan, Pegawai Gerakan 2Skn KBRL RJ telah menghadiri Mesyuarat Tahunan ke-7 Network of ASEAN Chemical Biological and Radiological (ASEAN CBR) Defence Experts, yang berlangsung dari 9 hingga 10 Disember 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia. 

Mesyuarat dua hari tersebut dianjurkan bersama oleh Republik Singapura dan Malaysia, dan menghimpunkan lebih 90 peserta melibatkan semua negara ASEAN, kecuali Timor-Leste. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Kolonel Teo Chee Wee, Commander of Chemical Biological Radiological and Explosive (CBRE) Kumpulan Pertahanan, Angkatan Bersenjata Republik Singapura, dan diikuti dengan ucaptama oleh Yang Mulia Nor Azlan Mohd Ramli, Director General, Science & Technology Research Institution for Defence (STRIDE), Malaysia. Mesyuarat ini menampilkan pembentangan yang memfokuskan pada tema tahun ini iaitu “Advancing CBR Forensics in ASEAN”, diikuti dengan semakan aktiviti rangkaian pada tahun 2025 dan perbincangan pelan kerja yang dicadangkan bagi tahun 2026. Persidangan ini turut dimeriahkan dengan penyertaan penceramah undangan dari Jerman, Finland, Amerika Syarikat dan Jepun. Sementara itu, para peserta juga berkesempatan mengadakan lawatan ke Skuadron 12, Rejimen Askar Jurutera Diraja, Kem Terendak, Melaka dan Muzium Tentera Darat di Port Dickson.

Network of ASEAN CBR Defence Experts yang ditubuhkan pada tahun 2018 melalui Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau dalam menangani ancaman Kimia, Biologi dan Radiologi. Penyertaan TDDB setentunya mengukuhkan hubungan dua hala dan kerjasama strategik antara wakil-wakil negara ASEAN dan rakan kongsi antarabangsa dalam bidang pertahanan berkaitan ancaman Kimia, Biologi dan Radiologi.