TUTONG CAMP, Thursday, 9th October 2025 – The Second Battalion Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) organised the 7-A-Side Football Tournament Battalion level from 7th to 9th October 2025, which was held at the 2Bn RBLF Football and Hockey Fields in Tutong Camp. The tournament was last held in 1998 and is revived again this year using the original challenge trophy.

A total of 22 teams had participated in the tournament, comprising Officers, including the Commanding Officer, Senior Ranks and personnel of 2Bn RBLF. The ‘A2’ team emerged as champion after defeating the Corporal’s Club Team 1–0 in a closely contested final. The ‘C1’ Team and Senior Ranks ‘C’ came in third and fourth places, respectively.

Individual award winners were also presented, with Private Mohd Noorshahiman bin Muhammad Shahrum winning the tournament’s Top Scorer, Private Hadi Nur Asymawi bin Eddy Ratino as the Best Goalkeeper, and Private Muhd Nurakmal Rizal bin Muhd Norawi as the Best Player. The Fairplay Team Award was given to the Combined Battalion Headquarters and Intelligence Section. The football tournament aims to foster sportsmanship, enhance personnel’s physical fitness, and provide an opportunity to select talented players to represent the RBLF in the Royal Brunei Armed Forces inter-service competitions.

BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ANJUR KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEPASUKAN

PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 9 Oktober 2025 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 7 Sepasukan 2025 Peringkat Batalion yang berlangsung di Padang Bola Sepak dan Hoki 2Bn TDDB, Perkhemahan Tutong. Kejohanan tersebut kali terakhir diadakan pada tahun 1998 dan dihidupkan semula pada tahun ini dengan menggunakan piala pusingan asal.

Sebanyak 22 pasukan telah mengambil bahagian yang terdiri daripada Pegawai-pegawai termasuk Pegawai Pemerintah, Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan), serta semua anggota 2Bn TDDB. Pasukan Kompeni ‘A2’ dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Pasukan Koperal Klub 1–0 dalam perlawanan akhir. Pasukan ‘C1’ dan PTB Kanan ‘C’ masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.

Pemenang bagi anugerah individu turut disampaikan dengan Soldadu Mohd Noorshahiman bin Muhammad Shahrum memenangi anugerah Penjaring Terbanyak, Soldadu Hadi Nur Asymawi bin Eddy Ratino sebagai Penjaga Gol Terbaik, dan Soldadu Muhd Nurakmal Rizal bin Muhd Norawi sebagai Pemain Terbaik. Sementara itu, Anugerah Pasukan Fairplay telah dimenangi oleh Pasukan Gabungan Markas Batalion dan Seksyen Perisikan. Kejohanan bola sepak ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, meningkatkan kecergasan fizikal anggota, dan memberikan peluang bagi memilih pemain berbakat untuk mewakili TDDB dalam pertandingan antara unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.