LUMUT CAMP, Friday, 24th July 2026 – The Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) of the Third Battalion Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF) organised the Pace Stick Drill Competition at the 3Bn RBLF Parade Square from 20th to 23rd July 2026. Officiating the closing event was Lieutenant Colonel Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Commanding Officer of 3Bn RBLF.

This year’s competition involved 59 SNCOs, divided into six groups. The Champion group was awarded to Group 5, led by Warrant Officer 2 Muhd Azraal bin Roslan, while the Runner-Up was Group 2, led by Staff Sergeant Amaluddin bin Tinggal. In addition, the Best Drill Commander award was also presented to Staff Sergeant Amaluddin bin Tinggal.

This competition is aimed at enhancing the drilling skills and standard, parade leadership, and strengthening professionalism, as well as unity among the SNCOs.

PERLAWANAN KAWAD TONGKAT PTB-PTB KANAN 3BN TDDB

PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 24 Julai 2026 – Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Perlawanan Kawad Tongkat yang berlangsung di Padang Kawad 3Bn TDDB dari 20 hingga 23 Julai 2026. Hadir bagi menyempurnakan acara penutup ialah Leftenan Kolonel Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB.

Perlawanan pada tahun ini melibatkan seramai 59 anggota PTB Kanan yang dibahagikan kepada enam kumpulan. Johan telah disandang oleh Kumpulan 5 yang diketuai oleh Pegawai Waran 2 Muhd Azraal bin Roslan, manakala Naib Johan ialah Kumpulan 2 yang diketuai oleh Staf Sarjan Amaluddin bin Tinggal. Selain itu, Ketua Kumpulan Terbaik turut disampaikan kepada Staf Sarjan Amaluddin bin Tinggal.

Perlawanan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan standard kawad, kepimpinan dalam perbarisan, dan mengukuhkan profesionalisme serta perpaduan di kalangan PTB-PTB Kanan.