BANDUNG, INDONESIA, Tuesday, 1st September 2026 – The 16th Brunei-Indonesia Army Working Group (BRUNESIA AWG 16/2026) meeting between the Royal Brunei Land Forces (RBLF) and the Indonesian Army Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) is currently held from 31st August 2026 to 3rd September 2026 at Aryaduta Hotel, Bandung Indonesia. 

The RBLF delegation was led by Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, RBLF Chief of Staff, whereas Brigadier General Valian Wicaksono, Deputy Assistant Chief of Staff for Intelligence Planning, headed the TNI-AD delegation. The working group brought together Senior Officers, planners, and subject-matter experts from both armies to discuss the upcoming bilateral activities, which include training, exercises, courses, and personnel exchanges and programs.  

The BRUNESIA AWG continue to serve an important platform to strengthen bilateral relations and mutual understanding between the two armies towards supporting defence diplomacy, which is one of the primary defence pillars of the Ministry of Defence. The meeting is held annually and is hosted by both countries on an alternating basis, with the previous one taking place from 2nd September 2025 until 3rd September 2025 in Brunei Darussalam.

MESYUARAT KUMPULAN KERJA DARAT BRUNEI DAN INDONESIA KE-16 

BANDUNG, INDONESIA, Selasa, 1 September 2026 – Mesyuarat Kumpulan Kerja Darat Brunei-Indonesia ke-16 (BRUNESIA AWG 16/2026) antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) telah diadakan pada 31 Ogos 2026 hingga 03 September 2026 bertempat di Aryaduta Hotel, Bandung Indonesia.  

Delegasi TDDB diketuai oleh Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf TDDB, manakala Brigedir Jenderal TNI Valian Wicaksono, Wakil Assisten Kasad Bidang Perencanaan Intelijen mengetuai delegasi TNI-AD. Kumpulan kerja tersebut membawa bersama Pegawai-pegawai Kanan, perancang, dan pakar bidang khusus daripada kedua-dua tentera untuk membincangkan aktiviti dua hala yang akan datang, termasuk latihan, eksesais, kursus, dan pertukaran anggota dan program. 

BRUNESIA AWG merupakan platform penting untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan persefahaman antara kedua-dua tentera darat ke arah mendokong diplomasi pertahanan iaitu salah satu tonggak utama pertahanan Kementerian Pertahanan. Mesyuarat ini diadakan pada setiap tahun dan dihoskan oleh kedua-dua buah negara secara bergilir yang mana ianya terakhir kali dilaksanakan pada 2 September 2025 hingga 3 September 2025 di Brunei Darussalam.