BERAKAS GARRISON, Jumaat, 25th July 2025 – A total of 166 Royal Brunei Land Forces (RBLF) personnel from the RBLF Headquarters (HQ), Field HQ, First, Second and Third Battalion, Engineer Regiment, School of Infantry and the Royal Guard Regiment RBLF were promoted in an event held at respective units.
For the Senior Non-Commissioned Officers, a total of 51 personnel were promoted consisting of 48 from Acting Sergeant to Substantive Sergeant and 03 from Corporal to Acting Sergeant. Meanwhile, for the Junior Non-Commissioned Officers, 115 personnel have been promoted with 20 from Acting Corporal to Substantive Corporal, 21 from Lance Corporal to Substantive Corporal, 03 from Lance Corporal to Acting Corporal, 22 from Acting Lance Corporal to Substantive Lance Corporal, 34 Private to Lance Corporal and 15 Private to Acting Lance Corporal. The RBLF leadership would like to extend heartiest congratulations to all promoted personnel on this significant milestone.








166 ANGGOTA DINAIKKAN PANGKAT
BERAKAS GARISON, Jumaat, 25 Julai 2025 – Seramai 166 anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dari Markas TDDB, Markas Medan, Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga, Rejimen Jurutera, Sekolah Infantri dan Rejimen Pengawal Diraja TDDB telah dinaikkan pangkat dalam acara yang diadakan di unit masing-masing.
Bagi Pegawai Tidak Bertauliah Kanan, seramai 51 anggota telah dinaikkan pangkat iaitu 48 anggota daripada Pemangku Sarjan ke Sarjan Tetap dan 03 anggota daripada Koperal ke Pemangku Sarjan. Sementara itu, bagi Pegawai Tidak Bertauliah Rendah, seramai 115 anggota telah dinaikkan pangkat, merangkumi 20 anggota daripada Pemangku Koperal ke Koperal Tetap, 21 anggota daripada Lans Koperal ke Koperal Tetap, 03 anggota daripada Lans Koperal ke Pemangku Koperal, 22 anggota daripada Pemangku Lans Koperal ke Lans Koperal Tetap, 34 anggota daripada Soldadu ke Lans Koperal dan 15 anggota daripada Soldadu ke Pemangku Lans Koperal. Pihak kepimpinan TDDB ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat atas pencapaian cemerlang ini.