BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 31 December 2020 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) in collaboration with the Tabung Kebajikan Royal Brunei Armed Forces (TK RBAF) has successfully conducted a hearts and mind charity event which saw a total of 122 orphans of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received donations delivered to their houses today.
Major Daud bin Etim, Deputy Commanding Officer of 3Bn RBLF as a representative from 3Bn RBLF led the delegation in handing over donations to the recipients’ residence in Brunei Muara District.
The event commenced with the recital of Surah Al-Fatihah upon arrival at the receivers’ residences and followed by the presentation of donations. The event concluded with the recital of Doa Selamat led by RBAF Religious Department (JAMAAT) personnel to bless the event.
The donations are aimed to ease the financial burdens faced by orphans in preparing for the upcoming school term in 2021. This also reflects how the act of giving charity and having caring attitude should be continually shown to orphans and those in need. Such social and welfare events are also aimed to improve the social responsibility among the RBAF community.

122 ANAK YATIM TERIMA DERIMA DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 31 Disember 2020 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) dengan kerjasama Badan Tabung Kebajikan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (TK ABDB) telah berjaya mengadakan satu lagi aktiviti berkebajikan hari ini iaitu penyampaian sumbangan derma kepada 122 anak-anak yatim bagi anggota-anggota ABDB. Sumbangan derma ini telah dihantar terus ke rumah kediaman anak-anak yatim yang diberikan di kawasan Daerah Brunei dan Muara.
Hadir selaku wakil dari 3B TDDB ialah Mejar Daud bin Etim, Timbalan Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB selaku ketua rombongan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian derma kepada anak-anak yatim tersebut. Bacaan Surah Al-Fatihah dimulakan sebelum menyampaikan derma berkenaan dan aktiviti ini diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh wakil anggota dari Jabatan Agama ABDB (JAMAAT) agar mendapat keberkatan dan rahmat dalam segala bantuan tulus yang dihulurkan.
Adalah menjadi hasrat utama ABDB supaya dapat meringankan beban kewangan anak-anak yatim anggota ABDB dalam persiapan sebelum bermulanya sesi persekolahan di tahun 2021. Ini turut mencerminkan bagaimana sikap penyayang dan budaya beramal harus dipertingkatkan terhadap golongan anak-anak yatim. Aktiviti sosial dan kebajikan seperti ini juga bertujuan untuk meningkatkan tanggungjawab sosial di kalangan anggota ABDB.