BERAKAS, Tuesday, 20 October 2026 – A total of 12 personnel from various units under the Royal Brunei Land Forces (RBLF) received their respective certificates during the Institute of Brunei Technical Education (IBTE) Convocation Ceremony held at the Plenary Hall, International Convention Centre (ICC), Berakas. The certificates were presented by Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Minister of Education.
Among the graduates who received awards were Sergeant Muhammad bin Karim from Land Engineering (LE) RBLF who obtained a Technical and Vocational Education and Training (TVET) Teacher Trainee Certificate in Technical Education and received the Best Teacher Trainee Award while Private Muhammad Hakeem bin Haji Zainuddin obtained an HNTec in Automotive Engineering and received the Academic Excellence Award and the Chinese Ambassador Award.
Meanwhile other RBLF graduates include Staff Sergeant Azmin bin Othman and Corporal Muhammad Wafiq Hidayatullah bin Mohammad Joferi from the Combined Arms Training Centre (CATC) who obtained Certificates in Technical Education; Sergeant Rabiatul Adawiyah binti Yahya from the Communication Information Office, RBLF HQ, alongside Sergeant Awg Rashid bin Awg Hj Julaihia; Corporal Nurul Amen bin Mat Safar and Corporal Pg Siti Noor Azimah binti Pg Asmadi from Signal Squadron, Combat Service Support (CSS) RBLF, obtained HNTec qualifications in Electronics and Communication Engineering. While, Lance Corporal Muhd Saiful Nasurullah bin Saiami, Lance Corporal Nurul Dahlia binti Muhd Jon, Lance Corporal Nur Qamarina binti A. Rosman and Private Maszahayu Nuramalina binti Mohd Yusof from Dental Services RBLF obtained NTec qualifications in Dental Assisting.
The RBLF leadership extends its congratulations to all graduates on their academic achievements. The convocation also marked a significant milestone for RBLF, with four signal personnel forming the first batch to complete advanced technical training at IBTE. Their achievements reflect RBLF’s continued commitment to personnel development, technical proficiency and professional excellence.






12 ANGGOTA TDDB MENERIMA SIJIL DI MAJLIS KONVOKESYEN IBTE
BERAKAS, Selasa, 20 Oktober 2026 – Seramai 12 anggota dari beberapa unit di bawah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima sijil masing-masing semasa Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Menteri Pendidikan.
Antara graduan yang memenangi anugerah adalah Sarjan Muhammad bin Karim daripada Kejuruteraan Darat TDDB yang telah memperoleh Sijil Pelatih Guru dalam Pendidikan Teknikal di bawah program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta menerima Anugerah Pelatih Guru Terbaik; dan Soldadu Muhammad Hakeem bin Haji Zainuddin pula memperoleh HNTec dalam bidang Kejuruteraan Automotif, di samping menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Anugerah Duta Besar China.
Graduan TDDB yang lain termasuk Staf Sarjan Azmin bin Othman dan Koperal Muhammad Wafiq Hidayatullah bin Mohammad Joferi dari Pusat Latihan Gabungan Tempur (PULGAT) yang telah memperoleh Sijil Pendidikan Teknikal; Sarjan Rabiatul Adawiyah binti Yahya dari Pejabat Perhubungan Sistem Maklumat, Markas TDDB, bersama Sarjan Awg Rashid bin Awg Hj Julaihia; Koperal Nurul Amen bin Mat Safar dan Koperal Pg Siti Noor Azimah binti Pg Asmadi dari Skuadron Semboyan, Khidmat Bantuan Kombat (KBK) TDDB, yang masing-masing memperoleh HNTec dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dan Komunikasi (Electronics and Communication Engineering). Sementara, Lans Koperal Muhd Saiful Nasurullah bin Saiami, Lans Koperal Nurul Dahlia binti Muhd Jon, Lans Koperal Nur Qamarina binti A. Rosman dan Soldadu Maszahayu Nuramalina binti Mohd Yusof dari Khidmat Pergigian TDDB telah memperoleh NTec dalam bidang Pembantu Pergigian (Dental Assisting). Kepimpinan TDDB merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua graduan atas pencapaian akademik mereka. Majlis konvokesyen ini turut mencatatkan satu pencapaian penting bagi TDDB apabila empat anggota semboyan menjadi kumpulan pertama yang berjaya menamatkan latihan teknikal lanjutan di IBTE. Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan TDDB dalam memperkukuh pembangunan anggota,meningkatkan kepakaran teknikal serta memupuk kecemerlangan profesional