BERAKAS GARRISON, Tuesday, 18th June 2024 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) has enlivened the Hari Raya Aidiladha 1445 Hijrah celebration by holding the Korban Ceremony simultaneously at all RBLF Suraus including Pulau Baru-Baru Mosque with the main event held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison.
In attendance for the ceremony was Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of RBLF. Also present were Acting Deputy Commander RBLF, Senior Officers, Officers and personnel of RBLF in Berakas Garrison, Head of Village of Kampong Lambak A and B, Kampong Lambak Kiri, Rancangan Perumahan Negara, Kampong Lambak Kanan as well as the Asnaf recipients.
The event began with Asar prayer followed by Takbir Hari Raya led by Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Fa’izun. The event continued with the distribution of korban meat to this year’s recipients presented by the Commander of RBLF, followed by the distribution to all invited guests and Asnaf recipients by Ibadah Korban participants and later on concluded with the recitation of Doa.
This year, a total of eight buffaloes and a goat were sacrificed by RBLF officers and personnel in all camps. Apart from performing good deeds as part of religious obligations, the purpose of this ceremony is also as an act of giving in assisting the less privileged members of the community.




TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS IBADAH KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1445 HIJRAH
BERAKAS GARISON, Selasa, 18 Jun 2024 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidiladha 1445 Hijrah dengan mengadakan Majlis Ibadah Korban secara serentak bertempat di semua Surau dalam perkhemahan TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-baru dengan tumpuan utama diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison.
Hadir bagi majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pemerintah TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan TDDB, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB Berakas Garison, Ketua-ketua Kampong daripada Kampong Lambak A dan B, Kampong Lambak, Kampong Lambak Kiri dan Rancangan Perumahan Negara, Kampong Lambak Kanan, serta beberapa jemputan Asnaf.
Acara dimulakan dengan sembahyang Fardhu Asar berjemaah diikuti dengan Takbir Hari Raya yang diketuai oleh Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Fa’izun sebelum diteruskan dengan pengagihan daging korban oleh Pemerintah TDDB kepada penerima korban dan Asnaf. Acara diteruskan dengan pengagihan daging korban oleh peserta Ibadah Korban kepada Asnaf dan semua jemputan yang hadir dan seterusnya ditutup dengan bacaan Doa.
Pada tahun ini, sebanyak lapan ekor kerbau dan seekor kambing telah dikorbankan oleh Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB. Selain daripada mengerjakan ibadah sebagai sebahagian daripada tuntutan agama, acara ini juga bertujuan untuk memupuk amalan bersedekah dalam membantu golongan masyarakat yang memerlukan.