
TUTONG CAMP, Tuesday, 2nd April 2024 – The Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) hosted an Iftar gathering with former Commanding Officers and former Regiment Sergeant Major (RSM) at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp.
Among the distinguished guests were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (R) Dato Paduka Seri Haji Awg Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Second Minister of Defence, who served as the 10th Commanding Officer of 2Bn RBLF and Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), who also served as the 18th Commanding Officer of 2Bn RBLF. Also in attendence were 10 former Commanding Officers and 13 RSMs of 2Bn RBLF, along with invited guests from the Ministry of Defence, RBAF and RBLF.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Yasin and Tahlil, followed by Iftar, mass Fardhu Maghrib prayer and dinner. The event continued with mass Fardhu Isya’, Sunat Tarawih and Witir Prayers and ended with Tadarus Al-Quran.
This annual event serves to honor the contributions of former Commanding Officers and RSMs while fostering camaraderie among personnel of 2Bn RBLF especially in the holy month of Ramadhan.










MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN
PERKHEMAHAN TUTONG, Selasa, 2 April 2024 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) bertempat di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong.
Di antara mantan-mantan Pegawai Pemerintah yang hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awg Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua selaku mantan Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB yang ke 10 dan Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) selaku mantan Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB yang ke 18. Turut hadir ialah seramai 10 mantan Pegawai Pemerintah dan 13 mantan SMR 2Bn TDDB bersama jemputan-jemputan khas dari Kementerian Pertahanan, ABDB dan TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil, diikuti dengan majlis berbuka puasa, menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan menikmati makan malam. Majlis diteruskan lagi dengan Sembahyang Fardhu Isya’, Sembahyang Sunat Tarawih serta Witir berjemaah sebelum diakhiri dengan Tadarus Al-Quran.
Majlis tahunan ini diungkayahkan sebagai lambang penghargaan dan memperingati jasa bakti mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan SMR yang terdahulu selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama anggota 2Bn TDDB khususnya di bulan suci Ramadhan.