BRUNEI, Wednesday, 13th March 2024 – In commemorating the holy month of Ramadhan 1445 Hijrah, the Royal Brunei Land Force (RBLF) in collaboration with the Religious Directorate of Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT RBAF) have conducted series of Zuhor Religious lectures in suraus within RBLF camps.

Attended by officers and personnel of RBLF, the programme commenced with a mass Zuhor Prayers followed by the lecture delivered by speakers from JAMA’AT ABDB with a title ‘Ramadhan Tunjang Ketakwaan’.

The Zuhor Religious lectures was part of the Ihya Ramadhan and Outreach Program conducted throughout the holy month of Ramadhan that will feature religious and community outreach activities including Sunat Tarawih and Witir prayers, religious lectures, Tadarus Al-Quran, cleaning campaigns at mosques and cemeteries.

 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN SIRI KULIAH ZUHOR

BRUNEI, Rabu, 13 Mac 2024 – Sempena menyambut bulan Ramadan 1445H yang penuh keberkatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan kerjasama Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT ABDB) telah mengadakan siri Kuliah Zuhor bertempat di beberapa surau perkhemahan TDDB.

Hadir bagi Kuliah Zuhor tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota TDDB. Program dimulakan dengan Solat Fardhu Zuhor berjemaah diikuti dengan kuliah yang telah disampaikan oleh penceramah dari JAMA’AT ABDB bertajuk ‘Ramadhan Tunjang Ketakwaan’.

Kuliah Zuhor tersebut adalah sebahagian daripada Program Ihya Ramadhan dan Program Jangkauan yang dianjurkan sempena bulan suci Ramadhan yang akan diserikan dengan aktiviti-aktiviti keugamaan dan kemasyarakatan termasuk menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir, kuliah-kuliah keugamaan, tadarus Al-Quran, kempen membersihkan masjid-masjid dan tanah-tanah perkuburan.