PENANJONG GARRISON, Thursday, 7th March 2024 – The closing ceremony for the Small Arms Instructor Course Series 3/2023 was held today at Theatre 1, School of Infantry Royal Brunei Land Force (SOI RBLF). The 11-week course, conducted from 21st December 2023 to 7th March 2024, was attended by 30 participants from various units of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and four participants from the Prisons Department.
Present as the Guest of Honour was Major Pengiran Haji Mohammad Razif bin Pengiran Haji Idros, Acting Deputy Commanding Officer, SOI RBLF. Also present were officers and personnel from the RBAF and the Prisons Department.
The ceremony commenced with Surah Al-Fatihah, followed by the recitation of Surah Mujadalah verses 11-13, followed by the course review delivered by Captain Mohammad Nur Hafidz Putra bin Manjanai, Head of Department, Small Arms and Heavy Weapons Training Wing, SOI RBLF. The event continued with the presentation of badges and certificates along with the awards for outstanding achievements in all areas of assessment. Emerged as the Best Overall Award was awarded to Wardress Dayangku Nurashikin binti Pengiran Suhaimi from Prison Department, meanwhile, the Best Practical Award was awarded to Corporal Ardi Nur Idzwan bin Yabong, Royal Guards Regiment RBLF and the Best Theory Award went to Wardress Rozmacynthiaa anak Simbilan from Prison Department.
The objective of this course is to produce trained personnel with sufficient knowledge in handling light weapons. The course includes theoretical classroom sessions and practical field exercises, with participants assessed through both theoretical and practical exams.




MAJLIS PENUTUP KURSUS JURULATIH KEMAHIRAN DAN PENGASUH SENJATA RINGAN SIRI 3/2023
PENANJONG GARISON, Khamis, 7 Mac 2024 – Majlis Penutup Kursus Jurulatih Kemahiran dan Pengasuh Senjata Ringan Siri 3/2023 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Teater 1, Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB). Kursus yang berlangsung selama 11 minggu bermula dari 21 Disember 2023 hingga 07 Mac 2024 itu telah dihadiri seramai 30 peserta kursus dari pelbagai unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan empat peserta kursus dari Jabatan Penjara.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Pengiran Haji Mohammad Razif bin Pengiran Haji Idros, Pemangku Timbalan Pegawai Pemerintah SI TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai dan anggota ABDB, dan Jabatan Penjara.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Mujadalah ayat 11-13 diikuti dengan penyampaian ulasan kursus daripada Kapten Mohammad Nur Hafidz Putra bin Manjanai, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Senjata Ringan dan Berat, SI TDDB. Majlis diteruskan dengan penyampaian lencana, sijil dan anugerah-anugerah cemerlang di setiap aspek penilaian. Anugerah Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh Wadar Wanita Dayangku Nurashikin binti Pengiran Suhaimi, daripada Jabatan Penjara, manakala, Anugerah Penuntut Terbaik Amali diperoleh kepada Koperal Ardi Nur Idzwan bin Yabong daripada Rejimen Pengawal Diraja dan Anugerah Penuntut Terbaik Teori diperoleh oleh Wadar Wanita Rozmacynthiaa anak Simbilan daripada Jabatan Penjara.
Kursus ini bertujuan untuk menghasilkan anggota-anggota yang terlatih dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam pengendalian senjata ringan, yang mana melibatkan sesi teori di dalam bilik kuliah serta latihan praktikal di lapangan secara berperingkat. Peserta kursus juga dinilai berdasarkan pemahaman mereka melalui ujian teori dan praktikal.