TUTONG, Friday, 08th March 2024 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) successfully organised the Exercise Planning Conference (EPC) for Exercise PAHLAWAN WARRIOR 03/2024, featuring collaborative planning with the United States Army Pacific (USARPAC). Held from 4th to 8th March 2024, the five-day conference fostered direct engagement between delegations from Brunei Darussalam and the United States.
The USARPAC delegates, led by Mr Thanh V. Wallace were warmly welcomed by the RBLF delegations at the Officers’ Mess, Tutong Camp. The conference mainly discussed the upcoming Field Training Exercise scheduled for 21st to 30th June 2024.
While at Tutong Camp, the delegation also conducted a tour of the designated jungle training area, Binturan Field Firing Area Shooting Range, Medical Reception Service and Combat Engineer Regiment. Cultural excursions to sites like Kampong Ayer, the Taman Mahkota Jubli Emas and the Brunei History Centre were also incorporated into the EPC programme to enrich the visiting delegation’s experience. The program culminated with a dinner reception and concluded with the formal signing of minutes and exchange of mementoes at Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan.
The visit served as a platform for effective exercise management and planning, aiming to enhance the interoperability between both armies through the exchange of professional knowledge and to strengthen the defence relations between the two countries.






EXCERCISE PLANNING CONFERENCE (EPC) BAGI EKSESAIS PAHLAWAN WARRIOR 03/2024
TUTONG, Jumaat, 08 Mac 2024 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan kerjasama daripada United States Army Pacific (USARPAC) telah mengendalikan Exercise Planning Conference (EPC) bagi Eksesais PAHLAWAN WARRIOR 03/2024 Persidangan yang akan diadakan selama lima hari bermula dari 4 hingga 8 Mac 2024 itu secara langsung memupuk penglibatan antara delegasi dari Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat.
Ketibaan delegasi daripada USARPAC yang diketuai oleh Mr. Thanh V. Wallace telah disambut oleh rombongan pegawai-pegawai TDDB bertempat di Mes Pegawai, Perkhemahan Tutong. Persidangan tertumpu kepada penyelarasan bagi Field Training Exercise akan datang yang dijadualkan pada 21 hingga 30 Jun 2024.
Delegasi kemudian dibawa melawat ke Perkhemahan Tutong, kawasan latihan hutan, padang tembak Field Firing Area Binturan, Pusat Khidmat Perubatan dan Kesihatan dan Rejimen Jurutera Tempur. Di samping itu, delegasi USARPAC juga berkesempatan dibawa mengunjungi tempat-tempat tumpuan dan pelancongan di Negara Brunei Darussalam seperti Kampong Ayer, Taman Mahkota Jubli Emas dan Pusat Sejarah Brunei.
Program diakhiri dengan jamuan makan malam dan menandatangani minit mesyuarat dan pertukaran cenderahati di Tarindak D’Seni, Bandar Seri Begawan. Lawatan ini adalah sebagai platform untuk pengurusan dan perancangan latihan yang berkesan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan operasi di antara kedua-dua tentera melalui pertukaran pengetahuan secara profesional sambil memperkukuhkan lagi hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.