LUMAPAS, Thursday, 29th February 2024 In conjunction with Royal Brunei Armed Forces 62nd Anniversary, the Royal Brunei Land Force Headquarters (RBLF HQ) and HQ Company conducted a Community Outreach at Kampung Kasat Muslim Cemetery.

A total of 22 personnel from RBLF HQ and HQ Company, led by Lieutenant Mohammad Zahran Habibullah bin Mohamad Zulshofiyan, took part in the outreach programme. The visit began with a cleaning campaign, followed by the recitation of Surah Yasin, Tahlil, and Doa Arwah

The programme is part of the charitable activities which serves to enhance the spiritual development and cooperation amongst RBLF personnel, as well as to foster the spirit to contribute back to the community.

PROGRAM JANGKAUAN KOMUNITI SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE 62 TAHUN

LUMAPAS, Khamis, 29 Februari 2024 – Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB telah menjalankan program Jangkauan Komuniti di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasat sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke 62 tahun.

Seramai 22 anggota Markas TDDB dan Kompeni Markas TDDB terlibat dalam program tersebut yang diketuai oleh Leftenan Mohammad Zahran Habibullah bin Mohamad Zulshofiyan. Program ziarah tanah perkuburan dimulakan dengan kempen membersihkan kubur, diikuti dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah.

Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti amal dan berkebajikan yang diungkayahkan oleh TDDB untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat.