BERAKAS GARRISON, Friday, 16th February 2024 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held a Doa Kesyukuran in conjunction with the 50th birthday celebration of His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office at all surau within RBLF camps.
Present for the ceremony at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander RBLF. Also present were Senior Officers, officers, and RBLF personnel. Similar ceremonies were also held simultaneously at all RBLF camps attended by respective Commanding Officers, officers and personnel including Pulau Baru-Baru Mosque.
The event began with the recitation of Surah Yassin and Doa Khas, followed by the congregational Maghrib Prayer and Sunat Hajat led by Imam Haji Mohd Anndy bin Saile, Imam of Surau Al-Fa’izun. The event concluded with Doa Kesyukuran, Doa Peliharakan Sultan and Isya’ Prayer.




MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA PUJA USIA DPMM
BERAKAS GARISON, Juma’at, 16 Februari 2024 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena sambutan Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang ke 50 tahun bertempat di semua perkhemahan TDDB.
Hadir bagi majlis yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai – pegawai Kanan, pegawai – pegawai dan anggota – anggota TDDB. Majlis yang sama turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB yang dihadiri oleh Pegawai – pegawai Pemerintah, pegawai – pegawai dan anggota – anggota TDDB mengikut perkhemahan masing – masing termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Khas, diikuti dengan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan sembahyang Sunat Hajat yang dipimpin oleh Imam Haji Mohd Anndy bin Saile, Imam Surau Al-Fa’izun. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan serta sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.