BRUNEI, Friday, 16th February 2024 – In conjunction with the Royal Brunei Land Force (RBLF) 62nd Anniversary, the RBLF, conducted a charity event for orphans through a Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim Programme. Through the programme, homes of the recipient family of orphans were visited.

A total of 13 recipients from five families of Field RBLF, Combat Engineer Regiment RBLF and Logistics Depot Combat Service Support RBLF personnel received the donations which were raised from the proceeds of RBLF Welfare Fund.

Lieutenant Colonel Pengiran Haji Nazri Amir bin Pengiran Dato Paduka Haji Md Zain handed over donations at the residence of the recipient at Kampung Limau Manis and Kampung Jerudong, while other donations were presented Deputy Commanding Officer of Combat Engineer Regiment, RBLF. Also present to hand over donations at several separate venues was Officers of RBLF.

Upon arrival at a recipient’s residence, the event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of donations and concluded with the recitation of Doa Selamat  led by the respective delegations personnel.

Jalinan Kasih program is an annual welfare programme that was conducted by RBLF to signifies the compassion, good deeds and charitable effort of RBLF towards the orphans. It is a token of salutations remembrance of the loyal duty of their departed parents who once served for the RBLF, particularly for the orphans. Simultaneously it also helps to ease the burden of the orphans in their preparation of the upcoming Ramadan celebration as well as to train members of the RBLF to be more attentive about the orphans.

 

JALINAN KASIH ANAK-ANAK YATIM TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI 

SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE 62

 

BRUNEI, Jumaat, 16 Februari 2024 – Melalui Program Jalinan Kasih, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengendalikan Majlis Penyampaian Sumbangan Derma kepada Anak-anak Yatim sempena sambutan Hari Ulang Tahun TDDB ke 62. Pengagihan sumbangan ini diadakan secara serentak ke rumah – rumah penerima.

Seramai 13 penerima daripada lima keluarga anggota-anggota Medan TDDB, Rejimen Jurutera Tempur TDDB dan Depoh Logistik Khidmat Bantuan Kombat TDDB menerima sumbangan yang dikumpulkan daripada kutipan Tabung Kebajikan TDDB.

Leftenan Kolonel Pengiran Haji Nazri Amir bin Pengiran Dato Paduka Haji Md Zain, Pegawai Pemerintah Depoh Logistik Khidmat Bantuan Kombat TDDB telah menyampaikan sumbangan derma di rumah kediaman penerima di Kampung Limau Manis dan Kampung Jerudong. Selain itu, Pegawai – Pegawai TDDB turut menyampaikan sumbangan yang sama di rumah penerima yang lain mengikut Kawasan yang ditetapkan.

Sejurus tiba di rumah kediaman penerima, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al – Fatihah, diikuti dengan penyampaian sumbangan dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh pegawai pengiring yang bertugas.

Program Jalinan Kasih merupakan aktiviti  tahunan yang dilaksanakan oleh TDDB sebagai usaha berkebajikan dalam membantu dan menyumbang terhadap anak – anak yatim. Majlis ini juga adalah tanda penghargaan bagi mengenang jasa bakti ibu bapa anak-anak yatim yang meninggal dunia ketika berkhidmat dalam TDDB. Pada masa yang sama, ia dapat membantu dan meringankan beban anak – anak yatim dalam persiapan menyambut bulan suci Ramadan yang akan datang serta untuk menjadikan anggota – anggota TDDB lebih prihatin dalam perihal anak – anak yatim.