BANDAR SERI BEGAWAN, Monday 22nd January 2023 The Signal Training Wing, School of Infantry Royal Brunei Land Force (SOI RBLF), organised a study tour programme to the Brunei History Centre as part of an initiative to offer course participants valuable opportunities and exposure, enhancing their understanding of Brunei’s history, particularly from an ethnic and tribal standpoint. This is crucial considering the department’s role in training future instructors, necessitating interaction with students from diverse backgrounds in Brunei Darussalam.

 

Captain Nurulaini binti Haji Mohd Zain, the Head of the Signal Training Wing, SOI RBLF, led the tour group comprised of 38 personnel, including instructors, staff of SOI RBLF, and course participants.

 

Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Acting Deputy Principal of the Brunei History Centre, delivered a briefing, outlining specific tasks and responsibilities while covering various aspects such as the establishment’s history, vision, mission, and focus areas. Dayang Siti Aisah binti Haji Pungut, a Senior Officer at the Brunei History Centre, explained the origins of the seven tribes in Brunei Darussalam. The entourage was then guided through the galleries of the Brunei History Centre, receiving detailed explanations from the staff.

 

At the end of the tour, the course participants expressed gratitude by presenting mementos to the Brunei History Centre, before concluding with a photo session.

SEKOLAH INFANTRI TDDB MENGANJURKAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL PENGAJIAN KE PUSAT SEJARAH BRUNEI BAGI KURSUS JURULATIH SEMBOYAN REJIMENTAL SESI 2023

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 22 Januari 2024 Cawangan Latihan Semboyan, Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) telah menganjur Program lawatan pengajian ke Pusat Sejarah Brunei sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memberikan peluang dan pendedahan berharga kepada peserta kursus, meningkatkan pemahaman mereka tentang sejarah Brunei, terutamanya dari perspektif etnik dan puak. Ini adalah penting mengigat peranan cawangan ini dalam melatih jurulatih masa depan, yang memerlukan interaksi dengan pelajar dari pelbagai latar belakang di Negara Brunei Darussalam.

 

Kapten Nurulaini binti Haji Mohd Zain, Ketua Cawangan Latihan Semboyan, SI TDDB mengetuai Kumpulan lawatan yang melibatkan seramai 38 anggota, termasuk jurulatih-jurulatih, ahli tetap SI TDDB dan para peserta kursus.

 

Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei telah menyampaikan taklimat, menjelaskan tugas dan tanggungjawab khusus sambil merangkumi pelbagai aspek seperti sejarah, visi, misi, dan fokus utama penubuhan tersebut. Dayang Siti Aisah binti Haji Pungut, Pegawai Kanan Pusat Sejarah Brunei, menjelaskan asal-usul tujuh puak di Negara Brunei Darussalam. Setelah itu,  rombongan dibawa melawat ke galeri-galeri yang terdapat di dalam Pusat Sejarah Brunei dan diberikan penjelasan terperinci oleh kakitangan pusat tersebut.

 

Sebelum mengakhiri lawatan, peserta kursus menyampaikan penghargaan dengan menyampaikan cenderahati kepada Pusat Sejarah Brunei, sebelum diakhiri dengan sesi bergambar.