LUMUT CAMP, Saturday, 20 January 2024 – The opening ceremony of Exercise MAJU BERSAMA Series 26/2023 took place today at the Multi-Purpose Hall, Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF). The exercise will take place from 22 January 2024 until 25 January 2024, involving a total of 192 personnel, comprising of 82 from 3Bn RBLF and 112 from 1st Battalion Singapore Infantry Regiment (1SIR).
The ceremony was jointly officiated by Colonel Wong Shi Ming, Commander 9 Division/Chief Infantry Officer (COMD 9 DIV/CIO) of the Singapore Army and Lieutenant Colonel Muhammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander of RBLF as the Guests of Honour. The ceremony commenced with a military parade inspection followed by the Flag Handing-over ceremony from 1SIR to 3Bn RBLF. The opening remarks were delivered by both COMD 9 DIV/CIO of the Singapore Army, and the Field Commander of RBLF.
The 26th series of Exercise MAJU BERSAMA will be conducted in three phases: Theory lesson, Practical Lesson, and execution on Urban Operation. The exercise aims to enhance interoperability, share expertise in planning and urban warfare, and further strengthen bilateral relations between both countries.



UPACARA PEMBUKAAN EKSESAIS MAJU BERSAMA SIRI KE 26/2023
PERKHEMAHAN LUMUT, Sabtu, 20 Januari 2024 – Upacara pembukaan Eksesais MAJU BERSAMA Siri 26/2023 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan gerak Badan, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB). Eksesais ini akan berlangsung dari 22 Januari 2024 sehingga 25 Januari 2024, melibatkan seramai 192 anggota, terdiri daripada 82 dari 3Bn TDDB dan 112 dari 1st Battalion Singapore Infantry Regiment (1SIR).
Upacara pembukaan eksesais telah dirasmikan bersama oleh Kolonel Wong Shi Ming, Commander 9 Division/Chief Infantry Officer (COMD 9 DIV/CIO) of Singapore Army dan Leftenan Kolonel Muhammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB selaku Tetamu Kehormat. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan tentera diikuti dengan penyerahan bendera daripada 1SIR kepada 3Bn TDDB. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian daripada COMD 9 DIV/CIO, Singapore Army dan Pemerintah Medan TDDB.
Eksesais MAJU BERSAMA Siri ke-26 akan dijalankan dalam tiga fasa: Pelajaran secara teori, Pelajaran secara praltikal dan perlaksanaan Pertempuran Bandar. Eksesais ini bertujuan untuk meningkatan tahap kesalingoperasian, berkongsi kepakaran dalam perancangan dan peperangan bandar, dan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.