
SERI KENANGAN BEACH, Friday, 29 December 2023 – The Armoured Reconnaissance Squadron of the Royal Brunei Land Force (ARS RBLF) celebrated the conclusion of the year 2023 with a Family Day event at Seri Kenangan Beach, Tutong.
The gathering, exclusively for members of the ARS RBLF and their families, featured a variety of engaging activities. The Family Day event incorporated entertaining activities such as Zumba sessions and team-building exercises, fostering an atmosphere conducive to family interaction. These initiatives are designed to instill and reinforce family values among the squadron’s personnel, recognising the invaluable support from their families and providing opportunities to spend quality time together during the year-end school holidays.
The event aimed to strengthen the relationship among squadron members and make family connections stronger.




SAMBUTAN HARI KELUARGA SKUADRON KERETA PERISAI PENINJAU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI DI PANTAI SERI KENANGAN
PANTAI SERI KENANGAN, Juma’at, 29 Disember 2023 – Skuadron Kereta Perisai Peninjau Tentera Darat Diraja Brunei (SKPP TDDB) telah mengadakan sambutan Hari Keluarga bagi ahli keluarga anggota – anggota SKPP TDDB sempena menutup tirai tahun 2023 bertempat di Pantai Seri Kenangan, Tutong.
Pelbagai aktiviti menarik seperti zumba dan team building telah dilaksanakan bagi mengukuhkan semangat berpasukan lebih – lebih lagi di kalangan ahli keluarga terlibat. Ia juga sebagai lambang penghargaan atas komitmen keluarga tentera yang sentiasa memberi sokongan dan memahami kerjaya tentera, di samping meluangkan masa bersama pada penggal akhir cuti persekolahan.
Sambutan Hari Keluarga ini amat bermakna untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga TDDB dan ahli keluarga masing – masing ke arah menuju keluarga yang bahagia dan harmoni.