BERAKAS GARRISON, Friday, 8 December 2023 – The Royal Brunei Land Force Headquarters (RBLF HQ) held Handover and Takingover (HOTO) Ceremony between Lieutenant Colonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, outgoing Chief of Staff RBLF, and Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, the incoming Chief of Staff at RBLF HQ, Berakas Garrison. Present at the ceremony were officers and personnel of RBLF.
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the signing of the Certificate of HOTO between Lieutenant Colonel Pengiran Mohamed Sufri and Lieutenant Colonel Erwan before concluded with a doa.
In addition, RBLF HQ and HQ Coy RBLF also hosted a Farewell Luncheon for the outgoing Chief of Staff RBLF at the Officers’ Mess, Berakas Garrison. The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a short video presentation showcasing the dedication and commitment by the outgoing Chief of Staff RBLF throughout his tenure. It continued with his farewell remarks, where he expressed his appreciation and gratitude to all levels of leadership in RBLF while emphasizing the importance of maintaining welfare of personnel, to remain vigilant and committed in carrying out the task and responsibilities entrusted to them. The event concluded with a presentation of mementos from RBLF as a token of appreciation for his contribution and leadership as Chief of Staff RBLF.
Lieutenant Colonel Pengiran Mohamed Sufri has held the position as Chief of Staff RBLF from 27 June 2022 to 8 December 2023

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS DAN MAJLIS MAKAN PERPISAHAN KETUA STAF TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, Juma’at, 8 Disember 2023 – Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas di antara Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Mantan Ketua Staf TDDB dan Pemangku Ketua Staf TDDB yang baru, Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison. Turut hadir ialah pegawai – pegawai dan anggota TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas antara Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri dan Leftenan Kolonel Erwan sebelum diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Di samping itu, Markas TDDB dan Kompeni Markas TDDB juga menganjurkan Majlis Makan Perpisahan bagi Mantan Ketua Staf TDDB bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al – Fatihah, diikuti dengan tayangan video pendek yang memaparkan nilai dedikasi dan semangat komitmen yang tinggi atas jasa bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Majlis diteruskan dengan ucapan perpisahan dari Mantan Ketua Staf TDDB, yang mana beliau merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peringkat kepimpinan di TDDB serta menekankan kepentingan untuk sentiasa menjaga kebajikan anggota, bersiap sedia dan komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenangan dari TDDB sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan beliau sebagai Ketua Staf TDDB.
Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri telah memegang jawatan selaku Ketua Staf TDDB bermula 27 Jun 2022 hingga 8 Disember 2023.