BERAKAS GARRISON Thursday, 21 December 2023 – Medical Services, Royal Brunei Land Force (RBLF) delivered a ‘Quit Smoking’ Awareness Talk for the Berakas Garrison RBLF personnel at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison organised by First Battalion (1Bn) RBLF.

A total of 120 RBLF officers and personnel which comprises of RBLF Headquarters, Headquarters Company RBLF, 1Bn RBLF, Combat Service Support, Royal Guards Regiment, Medical Services and Dental Services personnel had attended the talk.

The talk covered the harmful effects of tobacco usage, effect of nicotine addiction, Tobacco Order 2005 and steps on quit smoking. The aim of the awareness talk is to emphasise the importance of personal health care, especially for RBLF personnel who are making attempts to overcome the habit of smoking.

 


TAKLIMAT KESEDARAN ‘BERHENTI MEROKOK’ MENINGKATKAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

BERAKAS GARISON, Khamis, 21 Disember 2023 – Usaha berterusan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) terus dilaksanakan yang mana pada hari ini Khidmat Perubatan dan Kesihatan, TDDB telah menyampaikan Taklimat Kesedaran ‘Berhenti Merokok’ bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Taklimat tersebut dianjurkan oleh Batalion Pertama TDDB khusus bagi warga TDDB Berakas Garison.

Seramai 120 pegawai dan anggota TDDB yang terdiri daripada Markas TDDB, Kompeni Markas, 1Bn TDDB, Khidmat Bantuan Kombat, Rejimen Pengawal Diraja, Khidmat Perubatan dan Kesihatan serta Khidmat Pergigian telah menghadiri taklimat tersebut.

Melalui taklimat, penerangan mengenai kesan bahaya penggunaan tembakau, kesan ketagihan nikotin, Perintah Tembakau 2005 termasuk langkah – langkah berhenti merokok amat ditekankan. Taklimat ini bertujuan bagi memberi kesedaran akan kepentingan penjagaan kesihatan persendirian, terutamanya bagi anggota TDDB yang masih berusaha untuk mengatasi tabiat merokok.