TUTONG CAMP, Thursday, 21 December 2023 – In conjunction of the final term school holidays this year, Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) hosted another recreational activity for its personnel and their families, organised by the Corporal Club Committees and Non-Commissioned Officers (NCOs) which took place at the Corporal Club, Tutong Camp.

Present as the Guest of Honour was Captain Mohammad Ruzaimie @ Norman bin Jufri, Acting Officer In Command of B Company, 2Bn RBLF. Also in attendance were officers, personnel of 2Bn RBLF and their respective family members.

The event started with a group photo session and a Zumba session, followed by interactive family games, funfair and enliven with food bazaar. Following the successful officer-led recreational activity last week, the program designed for 2Bn RBLF personnel and their families, aims to strengthen family bonds, encourage a healthy lifestyle and provide enjoyable activities during the school break. Wrapping up the 2Bn RBLF school holiday program this year, Senior NCOs are coordinating a follow-up recreational event for personnel and families next week.

AKTIVITI REKREASI DITERUSKAN BAGI MEMPERKUKUH JALINAN KEKELUARGAAN

PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 21 Disember 2023 – Sempena penggal akhir cuti persekolahan pada tahun ini, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengendalikan satu lagi aktiviti riadah untuk anggota dan keluarga anjuran Ahli Jawatankuasa Kelab Kopral dan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) bertempat di Kelab Kopral. Perkhemahan Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kapten Mohammad Ruzaimie @ Norman bin Jufri, Pemangku Pegawai Memerintah Kompeni B, 2Bn TDDB. Turut hadir ialah pegawai, anggota 2Bn TDDB dan ahli keluarga masing – masing.

Acara dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan sesi Zumba, diikuti dengan acara permainan bersama keluarga, funfair serta turut dimeriahkan dengan bazar jualan makanan. Melalui kejayaan pelaksanaan aktiviti rekreasi yang dikendalikan oleh pegawai – pegawai 2Bn TDDB pada minggu lepas, aktiviti kali ini juga bertujuan untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan, menggalakkan gaya hidup sihat dan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan semasa cuti penggal persekolahan. Aktiviti rekreasi akan diteruskan lagi pada minggu hadapan yang dikendalikan oleh PTB Kanan 2Bn TDDB bagi mengakhiri program cuti sekolah pada tahun ini