BERAKAS GARRISON, Wednesday, 06 December 2023 – Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) received a courtesy call today from Captain (Navy) Hugues Canuel, and Colonel Stewart Taylor, Canadian Defence Attache accredited to Brunei Darussalam.

During the call, the Commander of RBLF welcomed and expressed his appreciation for Captain (Navy) Hugues Canuel, and Colonel Stewart’s at RBLF Headquarters. The visit of the Canadian Defence Attache to Brunei is centered around the formal announcement of the transfer of accreditation, signifying a continued diplomatic collaboration between two nations. During the visit, Captain Hughues was introduced to RBLF, fostering stronger ties and facilitating a seamless integration into the collaborative efforts between the two forces. Both sides expressed their gratitude towards the close bilateral relationship between Brunei Darussalam and Canada. The courtesy call also discussed potential engagements such as training, exercises, and visits to enhance knowledge and experiences among the personnel of both forces emphasising the shared dedication to regional security and cooperation.

PEMERINTAH TDDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI ATASE PERTAHANAN KANADA YANG DIAKREDITASI KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 BERAKAS GARISON, Rabu, 06 Disember 2023 – Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Kapten (N) Hugues Canuel dan Kolonel Stewart Taylor, Atase Pertahanan Kanada yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TDDB mengalu-alukan ketibaan dan merakamkan penghargaan atas kehadiran Kapten (N) Hugues Canuel dan Kolonel Stewart Taylor di Markas TDDB. Lawatan Atase Pertahanan Kanada ke Brunei tertumpu pada pengumuman rasmi pemindahan akreditasi, menandakan kerjasama diplomatik berterusan antara dua negara. Semasa lawatan itu, Kapten Hughues telah diperkenalkan kepada TDDB, memupuk hubungan yang lebih kukuh dan memudahkan integrasi yang lancar ke dalam usaha kerjasama antara kedua-dua pihak. Kedua-dua pihak menzahirkan rasa sukacita atas hubungan kerjasama dua hala yang erat antara Negara Brunei Darussalam dan Kanada. Bagi meningkatkan hubungan diplomasi pertahanan, kedua belah pihak juga membincangkan hubungan kerjasama yang berpotensi diterokai seperti latihan, eksesais dan lawatan bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman anggota kedua angkatan tentera bagi menekankan dedikasi bersama terhadap keselamatan dan kerjasama serantau.