LUMUT CAMP, Friday 24 November 2023 – The School of Infantry Royal Brunei Land Force (SOI RBLF) held the Closing Ceremony of the Basic Infantry Course Series 2/2023, at the Parade Square, Third Battalion RBLF (3Bn RBLF) Lumut Camp.
Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander of RBLF. Also, in attendance were Commanding Officer of SOI RBLF, invited officers, Regiment Sergeant Majors and Instructors of SOI RBLF.
Upon arrival, the Guest of Honour inspected the parade before proceeding to present the awards to the course participants and instructors who had demonstrated outstanding performance in various categories throughout the course.
Best Overall Student went to Private Ade Yusrizat bin Abdullah Abdie Norezla Irwanza from First Battalion RBLF, Best Theory went to Private Haiqal Raziq bin Indara Sahrin from 3Bn RBLF, Best Physical Training went to Private Mohamad Airul Wafiq bin Md Halizam from Royal Guards Regiment (RGdR) RBLF and Best Practical went to Private Muhammad Syahmizan bin Muhammad Sufian also from RGdR RBLF. While Corporal Mohamad Fouhad bin Sapar from Field Headquarters RBLF was awarded the Best Instructor of the course.
This course is a comprehensive training program that covers all aspects as an infantryman in the RBLF. It includes learning about the duties, roles and responsibilities of an infantryman, adapting to life in the battalion, enhancing basic soldiering skills as well as developing character and professionalism.

MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS INFANTRI SIRI 2/2023
PERKHEMAHAN LUMUT, Juma’at 24 November 2023 – Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) telah mengendalikan Majlis Penutup Kursus Asas Infantri Siri 2/2023 bertempat di Padang Kawad, Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB), Perkhemahan Lumut.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB. Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah SI TDDB, Pegawai -pegawai jemputan, Sarjan Mejar – Sarjan Mejar serta para jurulatih SI TDDB.
Semasa upacara tersebut, Tetamu Kehormat memeriksa perbarisan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian anugerah – anugerah kepada peserta kursus dan jurulatih yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kategori – kategori tertentu di sepanjang kursus dijalankan.
Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Soldadu Ade Yusrizat bin Abdullah Abdie Norezla Irwanza dari Batalion Pertama TDDB, Anugerah Penuntut Terbaik Teori disandang oleh Soldadu Haiqal Raziq bin Indara Sahrin dari 3Bn TDDB, Anugerah Penuntut Terbaik dalam Latihan Jasmani disandang oleh Soldadu Mohamad Airul Wafiq bin Md Halizam dari Rejimen Pengawal Diraja (RPD) TDDB dan Anugerah Penuntut Terbaik dalam Amali disandang oleh Soldadu Muhammad Syahmizan bin Muhammad Sufian dari RPD TDDB. Manakala, Anugerah Jurulatih Terbaik bagi kursus tersebut disandang oleh Kopral Mohamad Fouhad bin Sapar dari Markas Medan TDDB. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup dari Pemerintah Medan TDDB dan sesi bergambar ramai
Kursus ini merupakan program latihan komprehensif yang merangkumi pelbagai aspek selaku anggota infantri dalam TDDB seperti penerangan lanjut akan tugas, peranan dan tanggungjawab sebagai tentera darat, penyesuaian diri di batalion, meningkatkan kemahiran asas tentera serta memantapkan karakter dan profesionalisma anggota.