TUTONG, Thursday, 30 November 2023 – Personnel from Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) has enlivened several mosques in the Tutong District with religious activities held every Thursday night throughout the month of November 2023.
Among the mosques enlivened by 2Bn RBLF were Kampung Menengah, Kampung Tanjung Maya, Kampung Kupang, Kampung Telisai, and Pengiran Anak Haji Mohammed Alam at Kampung Sengkarai.
The events commenced with mass Maghrib prayer, followed by the recitation of Surah Yassin, Tahlil, and Isya’ prayer before concluding with a group photo session.
The enlivening program aims to foster a stronger relationship as well as to further strengthen the cooperation between the local community of Tutong District and personnel of RBLF.



BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENYEMARAKKAN MASJID – MASJID DI DAERAH TUTONG DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN
TUTONG, Khamis, 30 November 2023 – Mengimarahkan surau dan masjid merupakan salah satu usaha berkebajikan dalam meningkatkan kecintaan pada masjid dan mengukuhkan kerohanian. Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) amat mendokong usaha ini dan salah satu usaha yang dilakukan ialah penglibatan aktif dari anggota Batalion Kedua (2Bn) TDDB dalam menyemarakkan beberapa masjid di Daerah Tutong pada setiap malam Jumaat di sepanjang bulan November 2023.
Beberapa masjid yang dikunjungi ialah Masjid Kampung Menengah, Masjid Kampung Tanjung Maya, Masjid Kampung Kupang, Masjid Kampung Telisai dan Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam di Kampung Sengkarai.
Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan membaca Surah Yassin, Tahlil dan sembahyang Fardhu Isyak berjemaah. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Aktiviti menyemarakkan masjid bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama masyarakat, di samping memupuk kerjasama di antara penduduk setempat Daerah Tutong dan anggota TDDB.