
‘QUIT SMOKING’ AWARENESS TALK FOR ROYAL GUARDS REGIMENT RBLF PERSONNEL
SUNGAI AKAR CAMP, Tuesday, 28 November 2023 – The Royal Guards Regiment Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF) held a ‘Quit Smoking’ Awareness Talk which was delivered by Lieutenant Hajah Dayang Norsabarrina binti Haji Md Daud from Medical Service RBLF, held at RGdR RBLF Cookhouse, Sungai Akar Camp.
A total of 70 officers and personnel of RGdr RBLF attended the awareness talk which focused on the detrimental effects of tobacco use, the Tobacco Order 2005, and ways to quit smoking.
The awareness session seeks to underscore the significance of individual health care, particularly for the personnel of RGdR RBLF in addressing and overcoming the habit of smoking.


TAKLIMAT KESEDARAN ‘BERHENTI MEROKOK’ KEPADA ANGGOTA REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TDDB
PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Selasa, 28 November 2023 – Amalan kesihatan yang baik perlu ditekankan agar pelaksanaan tugas dapat dijalankan dengan sempurna dan efisien. Pada menanai usaha tersebut, Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) telah mengendalikan Taklimat Kesedaran ‘Berhenti Merokok’ yang disampaikan oleh Leftenan Hajah Dayang Norsabarrina binti Haji Md Daud dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB bertempat di Rumah Masak RPD TDDB, Perkhemahan Sungai Akar.
Seramai 70 pegawai dan anggota RPD TDDB telah menghadiri taklimat kesedaran tersebut yang memfokuskan penerangan mengenai bahan – bahan berbahaya yang terkandung dalam tembakau, penekanan Perintah Tembakau 2005 dan usaha yang boleh diamalkan untuk berhenti merokok.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran akan kepentingan menjaga kesihatan persendirian khususnya bagi anggota RPD TDDB dan perkongsian langkah – langkah bagi mengatasi ketagihan merokok.