BERAKAS GARRISON, Tuesday, 21 November 2023   Marking the establishment of Field Headquarters Royal Brunei Land Force (RBLF) on 4 November 2023 coinciding with RBLF’s 62nd Anniversary celebrations, an inaugural parade was held today at First Battalion RBLF Parade Square in Berakas Garrison.

The arrival of Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander RBLF was greeted with an honorary salute and parade inspection. The parade was led by Major Mohammad Hanis Fakhri bin Haji Bakri, Officer in Command Combat Boat Squadron RBLF. Also present were senior officers and Commanding Officers of RBLF.

The event continued with a speech delivered by the Field Commander RBLF where he expressed his deep gratitude to Allah Subhanahu Wata’ala and his profound respect for the Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam and invited  everyone present to join him in reciting Surah Al-Fatihah, seeking divine blessings for the Muslims in Palestine.

The Field Commander RBLF then outlined the Field Headquarters RBLF’s Vision that is to become a “Highly Prepared and Adaptable Formation that Supports the RBLF’s Vision and Mission” as well as Mission to be “Ready to Defend Brunei Darussalam’s Land Integrity and Protect its Sovereignty” which is aligned with RBLF’s Vision and Mission. To support this, Commander of RBLF has established Guiding Principles for assessing and carrying out the priorities and guidelines outlined in the Defence White Paper 2021 which are summarised in the eight RBLF strategic objectives.

The Field Commander RBLF also mentioned that all sub units under the command of Field Headquarters are as the mainstay to RBLF in generating and preparing the combined units of the Combat Component and Combat Support Component into carrying out operation as well as preparing their personnel in all aspects including fitness and durability in field exercises. He also reiterated for all, that the establishment of Field Command RBLF is an important piece of history of RBLF and the disbandment of Support Batalion RBLF to pave the way for the establishment of Field Command RBLF and the establishment of Combat Support element of Third Squadron Combat Engineers (Construction) are one of the preparation into achieving Gagasan Angkatan 2035. One of the achievement of Field Headquarters RBLF was in deploying the Brigade Command Post to evaluate the communication capabilities and the command and control of the Field Headquarters RBLF in conducting operations. He expressed his desire for the Combined Arms Battalion to continue enhancing its capabilities and execution by refining fundamental military skills, doctrine, and training manuals.

He also emphasised the importance of strengthening one’s faith and spirituality as a fundamental aspect of being effective military personnel, the crucial role of physical strength and fitness in military life as well as the importance of mastering Basic Soldiering Skills as an essential foundation.

Next, the parade proceeded with the presentation of badges to the Staff Officers of the Field Headquarters RBLF Cells and to the Officer in Command of Third Squadron Combat Engineers (Construction) RBLF, followed by the recital of Doa Selamat and a group photo session. The event concluded with the signing of parchment to mark the launching of the Standing Orders for Field Headquarters RBLF which was held at the Officers’ Mess, Berakas Garrison.

MARKAS MEDAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI CIPTA SEJARAH DENGAN UPACARA PERBARISAN PERTAMA

BERAKAS GARISON, Selasa, 21 November 2023  Buat julung kalinya, Markas Medan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Upacara Perbarisan pada hari ini bertempat di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB, Berakas Garison bersempena penubuhannya pada 4 November 2023 yang lalu semasa sambutan Hari Ulang Tahun TDDB ke 62.

Sejurus ketibaan, Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB telah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan perbarisan yang diketuai oleh Mejar Mohammad Hanis Fakhri bin Haji Bakri, Pegawai Memerintah Skuadron Bot Tempur TDDB. Turut hadir ialah pegawai – pegawai kanan dan Pegawai-pegawai Pemerintah TDDB.

Upacara diteruskan dengan ucapan Pemerintah Medan TDDB yang mana beliau memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dan menzahirkan rasa hormat dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta menjemput semua yang hadir untuk membaca surah Al – Fatihah bagi saudara Islam di Palestin.

Beliau seterusnya menyatakan visi Markas Medan TDDB ialah “Menjadi Sebuah Formasi Yang Sentiasa Siap Siaga dan Adaptif Mendokong Visi dan Misi TDDB” dan Misinya ialah “Sentiasa Bersiapsedia Diaturgerak Dalam Mempertahankan Integriti Daratan dan Melindungi Kedaulatan Negara Brunei Darussalam” sejajar dengan Visi dan Misi TDDB secara keseluruhan. Dalam mendokong visi dan misi tersebut, panduan Pemerintah TDDB telah dibuat dalam menilai dan menjalankan tugas mengikut keutamaan dan panduan seperti yang digariskan dalam Defence White Paper 2021 yang mana panduan tersebut dibahagikan kepada lapan objektif strategik TDDB.

Pemerintah Medan TDDB turut menyatakan bahawa semua sub unit di bawah naungan Markas Medan adalah penggerak utama TDDB dalam mempersiapkan gabungan unit -unit Komponen Kombat dan Bantuan Kombat bagi melaksanakan operasi, di samping melengkapi anggota di segenap aspek termasuk kecergasan dan daya tahan dalam latihan pertempuran. Beliau juga mengingatkan bahawa penubuhan Pemerintahan Medan TDDB ini merupakan detik penting dalam sejarah TDDB yang mana pembubaran Batalion Bantu TDDB bagi mendokong penubuhan Pemerintahan Medan TDDB serta penubuhan elemen Bantuan Kombat Skuadron Ketiga Jurutera Tempur (Pembinaan) merupakan salah satu persediaan dalam mencapai Gagasan Angkatan 2035. Antara pencapaian yang diraih ialah mengaturgerak Brigade Command Post (BCP) dalam menguji keupayaan sistem perhubungan serta kawalan dan perintah Markas Medan dalam melaksanakan gerakan operasi. Beliau berharap agar keupayaan dan pelaksanaan aturgerak Combined Arms Battalion akan terus dipertingkatkan dalam memperbaiki kemahiran asas ketenteraan serta aspek doktrin dan manual latihan.

Pemerintah Medan TDDB turut menekankan kepentingan pengukuhan iman dan kerohanian anggota sebagai aspek asas untuk menjadi anggota tentera yang efektif, mengekalkan ketahanan fizikal dan kecergasan dalam kehidupan tentera serta perlunya menguasai Basic Soldiering Skills sebagai asas penting untuk semua anggota tentera.

Upacara diteruskan dengan penyampaian lencana kepada Pegawai – Pegawai Turus setiap sel Markas Medan TDDB dan Pegawai Memerintah Skuadron Ketiga Jurutera Tempur (Pembinaan) TDDB, diikuti dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai. Upacara berakhir dengan penandatanganan lembaran kenangan sempena pelancaran Prosedur Tetap Markas Medan TDDB bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison.