|
Also in attendance were Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander of RBLF, Commanding Officer of SOI RBLF, and officers of RBLF. Upon arrival, the Commander of RBLF was given an exercise brief delivered by Major Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Acting Second-in-Command, SOI RBLF followed by an Operational Brief from the exercise Higher Controller (HICON) consisting of Company Commander Course participants. The Commander RBLF and entourage then proceeded to witness the execution of the final attack. At the end of the exercise, the Commander of RBLF delivered his speech where he emphasised the importance of basic drills, technique, tactics, and procedures in the jungle. In addition, he also highlighted the critical importance of effective leadership, as Company Commanders and Section Commanders serve as the frontline personnel of all operations and the driving force behind operational planning and effective execution, making their role pivotal to the overall success undertaking. The visit concluded with a group photo session and refreshments. Exercise Wira Gempur has provided the course participants with valuable exposure by immersing them in a jungle environment with diverse scenarios, allowing the course participants to apply their skills effectively. In addition, allows the course participants to improve their skills, techniques, and tactics in basic warfare.
SEKOLAH INFANRI TDDB MENGADAKAN EKSESAIS WIRA GEMPUR DAERAH BELAIT, Selasa, 14 November 2023 – Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah membuat lawatan bagi serangan akhir Eksesais Wira Gempur yang dikendalikan oleh Sekolah Infantri (SI) TDDB, bertempat di Sungai Banyu, Kampong Merangking, Daerah Belait. Eksesais tersebut telah berlangsung dari 11 November 2023 sehingga 14 November 2023 yang terdiri daripada sembilan pegawai dari Kursus Ketua Kompeni, dan 47 anggota dari Kursus Tempur Ketua Seksyen. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB, Pegawai Pemerintah SI TDDB dan pegawai-pegawai TDDB. Di awal aturcara lawatan, Pemerintah TDDB telah diberi taklimat eksesais yang disampaikan oleh Mejar Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Pemangku Timbalan Pegawai Pemerintah, SI TDDB diikuti dengan Operational Brief dari Exercise Higher Controller (HICON) yang terdiri daripada peserta Kursus Ketua Kompeni. Rombongan kemudian bergerak ke tapak serangan bagi menyaksikan perlaksanaan serangan akhir tersebut. Di penghujung eksesais, Pemerintah TDDB telah menyampaikan ucapan beliau mengenai kepentingan kawad-kawad asas, serta teknik, taktik dan prosedur di dalam hutan. Selain itu, beliau juga menekankan agar kepimpinan dititikberatkan terutamanya peranan Ketua Seksyen sebagai barisan hadapan dalam setiap operasi. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan jamuan ringan. Di samping itu, beliau juga menekankan kepentingan kepimpinan yang berkesan, terutama sekali peranan penting Ketua Kompeni dan Ketua Seksyen yang mana berfungsi sebagai barisan hadapan dalam setiap operasi dan penggerak di sebalik perancangan operasi dan pelaksanaan yang efektif dan berjaya. Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama dan jamuan ringan. Eksesais Wira Gempur telah memberikan pendedahan yang berharga kepada peserta kursus dengan menyelami mereka dalam persekitaran hutan dengan pelbagai senario, membolehkan peserta kursus mengaplikasikan kemahiran mereka dengan berkesan. Di samping itu, peserta kursus juga dapat meningkatkan lagi kemahiran, teknik, dan taktik dalam asas peperangan. |
BELAIT DISTRICT, Tuesday 14 November 2023 - Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF), made a visit to the final attack of Exercise Wira Gempur conducted by School of Infantry (SOI) RBLF, located at Sungai Banyu, Kampung Merangking, Belait District. The exercise, which ran from 11 November 2023 to 14 November 2023 involved 56 participants, including nine officers from the Company Commander Course and 47 personnel from the Section Commander Course. 

