LUMUT CAMP, Wednesday, 15 November 2023 – Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) had a meet and greet session with the course participants of Basic Infantry Course Series 2/2023 today at the Pipe Band Hall, Third Battalion RBLF, Lumut Camp. A total of 152 course participants from Intake 171 are attending the course which commenced on 4 September 2023 and will conclude on 24 November 2023.
Upon arrival, the Commander of RBLF was welcomed by Major Faizal Azly bin Haji Rosli, Commanding Officer, School of Infantry RBLF. Also present were officers and personnel of RBLF, as well as course instructors.
The session commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Private Abdul Mateen bin Seri Puspa, followed by recitation of RBLF Pledge led by Private Abdul Muqtadir bin Mohd Yusof. The session continued with a talk by the Commander of RBLF where he mentioned the importance of the course and advised all personnel involved to be physically and mentally prepared to be able to carry out their duties based on the Royal Brunei Armed Forces core values of Setia, Taqwa, Berani and Professional as well as highlighted the importance of the RBLF Basic Military Guide, the Satria, Setia, and Sedia principles to all personnel in performing daily tasks. He also emphasised the importance of maintaining the operational security, including personnel and media security monitoring. The session then concluded with a group photo session.
The course is a comprehensive training program that includes various aspects of being an infantryman in RBLF, such as further explanation of duties, roles, and responsibilities of an infantryman, adapting to life in the battalion, enhancing basic soldiering skills and developing character and professionalism.


SESI PERJUMPAAN ANGGOTA KURSUS ASAS INFANTRI SIRI 2/2023 BERSAMA PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu, 15 November 2023 – Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah hadir bagi sesi perjumpaan bersama peserta kursus Asas Infantri Siri 2/2023 pada hari ini bertempat di Bangunan Serunai dan Tambur, Batalion Ketiga TDDB, Perkhemahan Lumut. Seramai 152 anggota daripada Rekrut Lelaki TDDB Pengambilan ke 171 sedang menghadiri kursus tersebut yang bermula pada 4 September 2023 dan akan berakhir pada 24 November 2023.
Ketibaan Pemerintah TDDB telah disambut oleh Mejar Faizal Azly bin Haji Rosli, Pegawai Pemerintah, Sekolah Infantri TDDB. Turut hadir di sesi perjumpaan tersebut pegawai-pegawai, anggota TDDB serta jurulatih-jurulatih kursus.
Sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Soldadu Abdul Mateen bin Seri Puspa diikuti dengan bacaan Ikrar TDDB yang diketuai oleh Soldadu Abdul Muqtadir bin Mohd Yusof, peserta kursus Asas Infantri Siri 2/2023. Sesi kemudian diteruskan dengan ucapan Pemerintah TDDB yang mana beliau telah menekankan mengenai kepentingan kursus ini diaplikasikan dan menasihatkan semua anggota agar bersedia secara fizikal dan mental untuk menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan berpandukan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei iaitu Setia, Taqwa, Berani, dan Professional, di samping menyentuh akan kepentingan Panduan Asas TDDB iaitu Satria, Setia, dan Sedia kepada semua anggota semasa menjalankan tugas yang diamanahkan. Dalam pada itu, beliau juga menekankan kepentingan menjaga operasi sekuriti, termasuk pemantauan sekuriti anggota dan media. Sesi kemudian diakhiri dengan bergambar ramai.
Kursus ini merupakan program latihan komprehensif yang merangkumi pelbagai aspek selaku anggota infantri dalam TDDB seperti penerangan lanjut akan tugas, peranan dan tanggungjawab, dan penyesuaian diri sebagai anggota tentera batalion dan meningkatkan kemahiran asas tentera serta profesionalisme anggota.