LUMUT CAMP, Monday, 06 November 2023 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held a blood donation campaign in conjunction with the 62nd Anniversary of the Royal Brunei Land Force today at the Cookhouse of 3Bn RBLF, Lumut camp.

The campaign was conducted by the Blood Bank staff from RIPAS Hospital, with a total of 52 personnel from 3Bn RBLF involved to provide support and make the campaign a success.

The blood donation campaign is aimed at providing support and concern for the community by contributing and increasing the blood bank’s supply. In addition, it also instills the nature of charitable deeds to military personnel, that donating blood is a noble practice and it can save the lives of those who need it.

BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG KE 62

PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin, 06 November 2023 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah melaksanakan kempen derma darah sempena Hari Ulang Tahun TDDB yang ke 62 pada hari ini bertempat di Rumah Masak 3Bn TDDB, Perkhemahan Lumut.

Kempen tersebut telah dikendalikan oleh pihak kakitangan Hospital Tabung Darah Hospital RIPAS, dan seramai 52 anggota daripada 3Bn TDDB telah turut serta dalam memberikan sokongan dan melibatkan diri dalam menjayakan kempen tersebut.

Kempen derma darah yang dijalankan ini adalah bertujuan bagi memberikan sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat dalam menyumbangkan dan menambahkan simpanan tabung darah negara. Disamping itu, ianya juga menanamkan sifat beramal jariah kepada anggota-anggota tentera bahawa menderma darah adalah amalan mulia dan dengan izin Allah, ianya dapat menyelamatkan nyawa orang yang memerlukannya.