TUTONG CAMP, Friday, 6 October 2023 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) conducted a Study Day for their officers and Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) which was held at the Blok Ilmu of 2Bn RBLF, Tutong Camp.
Present during the Study Day was Lieutenant Colonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Commanding Officer of 2Bn RBLF. Also in attendance were Deputy Commanding Officer, officers, Regiment Sergeant Major and SNCOs of 2Bn RBLF.
The Study Day commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentations of topics from the junior officers of 2Bn RBLF. The topics presented focused on military studies with a focus on the importance of military history in a nation’s collective and the moral imperative of leaders in ethical decision making. The Study Day examined the outcome from World War II in shaping today’s world, and the importance of military history. While the second topic discussed the importance of moral leadership based on sound ethics and values.
The Study Day session aimed to encourage discussion between officers and SNCOs, inculcate continuous learning and improve presentation skills. Through thought-provoking discussion and questions, the session enhances critical thinking.

HARI PENGAJIAN BAGI PEGAWAI-PEGAWAI DAN PTB-PTB KANAN BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN TUTONG, Juma’at, 6 Oktober 2023 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Hari Pengajian bagi Pegawai-pegawai dan Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan bertempat di Blok Ilmu 2Bn TDDB, Perkhemahan Tutong.
Hadir semasa hari pengajian tersebut ialah Leftenan Kolonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Rejimen dan PTB-PTB Kanan 2Bn TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan sesi pembentangan daripada Pegawai-pegawai muda 2Bn TDDB. Topik-topik yang dibentangkan menjurus kepada pelajaran ketenteraan yang mana pembentangan memfokuskan kepada sejarah tentera secara menyeluruh dan juga kepentingan sebagai pemimpin untuk mempunyai etika dalam membuat keputusan. Topik utama hari pengajian adalah mengenai peranan perang dunia kedua dalam membentuk dunia sekarang dan kepentingan mempelajari sejarah tentera. Manakala topik kedua membincangkan kepentingan kepimpinan bermoral berpandukan nilai dan etika.
Hari belajar ini bertujuan untuk menggalakkan perbincangan antara pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan dan memupuk sifat menuntut Ilmu secara berterusan serta meningkatkan kemahiran dalam membuat pembentangan. Dengan adanya soalan -soalan yang menguji minda dan fikiran, sesi ini boleh membantu menguatkan lagi daya pemikiran yang kritikal.