BOLKIAH GARRISON, Monday, 21 August 2023 – A total of 67 Royal Guards Regiment Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF) personnel together with their families visited the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Museum today at Bolkiah Garrison in conjunction with the second term school holiday. The visit was led by Lieutenant Abdul Mu’az bin Haji Zaidin, Conducting Officer for the tour.

 

Upon arrival, the group was welcomed by Warrant Officer 2 Pengiran Ahmad Hamdillah bin Pengiran Abdul Momin, personnel in charge of the RBAF Museum, followed by the recitation of Surah Al-Fatihah and a short brief about the establishment of RBAF before proceed with museum tour. The visit provides the opportunities to the family members to see and explore military transportations, old uniforms and weapons since the formation of RBAF on 31 May 1961 until present. It finally concluded with a group photo session.

 

The visit serves to provide an engaging and educational experience for families to explore the history of RBAF and to strengthen family bonding as well as to foster closer relations amongst the officers and personnel of RGdR RBLF. It is also hoped to attract the children’s interest to join the military as their future career.

 

REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TDDB MEMBUAT LAWATAN KE MUZIUM ABDB

 BOLKIAH GARISON, Isnin, 21 Ogos 2023 – Bersempena dengan cuti sekolah penggal kedua, seramai 67 anggota Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) bersama keluarga telah membuat lawatan ke Muzium Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada hari ini di bertempat Bolkiah Garison. Lawatan diketuai oleh Leftenan Abdul Mu’az bin Haji Zaidin, Pegawai Pengendali bagi lawatan tersebut.​

Sejurus ketibaan, rombongan disambut oleh Pegawai Waran 2 Pengiran Ahmad Hamdillah bin Pengiran Abdul Momin, anggota bertugas di Muzium ABDB, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan tayangan video yang menerangkan sejarah awal penubuhan ABDB.  Lawatan diteruskan dengan mengunjungi pameran galeri sejarah ABDB yang setentunya memberikan peluang kepada ahli keluarga anggota untuk mengetahui lebih lanjut dan melihat secara dekat pengangkutan tentera, pakaian seragam terdahulu dan senjata yang digunakan sejak tertubuhnya ABDB pada 31 Mei 1961 hingga sekarang. Lawatan berakhir dengan sesi gambar ramai.

 

Melalui lawatan ini, ia dihasratkan mampu memberikan pengalaman menarik dan pengetahuan umum mengenai sejarah ABDB bagi keluarga terlibat, di samping mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan serta mengeratkan silaturahim antara pegawai dan anggota RPD TDDB. Ia juga bertujuan untuk menarik minat anak – anak tentera dalam menjadikan tentera sebagai bidang kerjaya mereka di masa akan datang.