TUNGKU, Wednesday, 23 August 2023 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) honoured the achievements of its officers at the University Medal and University Book Prizes Awards Ceremony in conjunction with the recent 35th University Brunei Darussalam (UBD) Convocation Ceremony which was held today at the Chancellor’s Hall, UBD.


Presenting the awards was the Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Minister of Education. Also present were principal officers and staff as well as award recipients’ family members.

Two RBAF officers out of 90 students received this prestigious award. They were Lieutenant Colonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Commanding Officer of Second Battalion RBLF who has obtained Pass with Distinction in Master of Defence and Security Studies (by coursework) and Captain Siti Hafizah binti Abdul Khalid, Counselor and Trainer, Prihatin Care Center RBAF who has obtained Pass with Merit in Master in Counseling (by coursework). A total of 1,150 University Medals, Book Prizes and Excellence Awards were presented during the ceremony.

These awards were inspirations for the RBAF to nurture the RBAF officers in the contemporary environment and in producing academically professional individuals that can contribute to the organisation’s and the country’s development.

DUA PEGAWAI ABDB MENERIMA HADIAH BUKU SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM KE-35​

TUNGKU, Rabu, 23 Ogos 2023 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) merasa amat bangga dengan pencapaian cemerlang Pegawai ABDB yang dianugerahkan hadiah buku pada Majlis Anugerah Pingat Universiti dan Hadiah Buku Universiti sempena Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam (UBD) ke-35 pada hari ini bertempat di Dewan Canselor, UBD.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat  dan sekaligus menyampaikan anugerah ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, Menteri Pendidikan. Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan serta ahli keluarga penerima anugerah yang diraikan

 

Seramai dua Pegawai ABDB dari 90 pelajar telah menerima anugerah berprestij ini, iaitu Leftenan Kolonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Pegawai Pemerintah Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah memperoleh Lulus dengan Cemerlang dalam Sarjana Pengajian Pertahanan dan Keselamatan (mengikut kerja kursus) dan Kapten Siti Hafizah binti Abdul Khalid, Kaunselor dan Jurulatih, Pusat Jagaan Prihatin ABDB telah Lulus dengan merit dalam Sarjana Kaunseling (mengikut kerja kursus). Sebanyak 1,150 Pingat Universiti, Hadiah Buku dan Anugerah Kecemerlangan telah disampaikan kepada 90 pelajar dalam majlis tersebut di mana dua daripada mereka ialah sepanjang majlis berkenaan.

 

Kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada organisasi ABDB dalam melahirkan lebih ramai pegawai yang berkualiti searus dengan perkembangan dunia yang dinamik serta usaha padu untuk terus dikekalkan dalam melahirkan anggota yang profesional, berpendidikan serta mampu menyumbang terhadap kemajuan organisasi dan negara.