BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 21 August 2023 – His Royal Highness Prince (Dr) Haji Al- Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office and Pro-Chancellor of University Brunei Darussalam (UBD) consented to grace the afternoon session of the 35th Convocation Ceremony of UBD and presented the certificates to the graduates today at the Chancellor Hall, UBD.

Among the recipients were 15 Royal Brunei Land Force Officers (RBLF) with five officers awarded with Master’s Degree in Defence and Security Studies and 10 officgraduates Post Graduate Diploma in Defence and Security Studies.

The graduates completed their respective Command and Staff Course (CSC) prior to their graduation. CSC aimed to broaden the professional and academic knowledge, develop command, analytical and communication skills of mid-level officers to prepare them for higher command and staff appointments.

PEGAWAI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENAMATKAN PENGAJIAN DI MAJLIS KONVOKESYEN KE 35 UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 21 Ogos 2023 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pro Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen ke-35 UBD dan seterusnya menyempurnakan pengurniaan sijil kepada para graduan pada petang hari ini bertempat di Dewan Canselor, UBD.

Di antara graduan yang menerima sijil tersebut ialah 15 Pegawai Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan pengurniaan Ijazah Sarjana dalam Pengajian Pertahanan dan Sekuriti kepada lima Pegawai-pegawai Kanan TDDB, manakala 10 pegawai-pegawai TDDB yang lain dikurniakan Diploma Lepasan Ijazah dalam Pengajian Pertahanan dan Sekuriti.

Kesemua graduan telah berjaya menamatkan Kursus Maktab Turus  masing- masing sebelum majlis konvokesyen ini. Kursus ini bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan profesional dan akademik, mempertingkatkan kemahiran arahan, analisis dan komunikasi Pegawai-pegawai peringkat pertengahan bagi mempersiapkan mereka untuk menjawat jawatan-jawatan perintah dan staf yang lebih tinggi.