SUNGAI AKAR CAMP, Friday, 18 August 2023 – The Finance Department Royal Brunei Land Force (RBLF) Headquarters in collaboration with Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) held a Finance Management Briefing today for the Royal Guards Regiment (RGdR) RBLF personnel that took place at the Cookhouse of RGdR RBLF, Sungai Akar Camp. The briefing was delivered by Hajah Noor Tamtini binti Haji Basir and Norliah binti Haji Md Taib, BIBD Financial Officer.

A total of 100 officers and personnel of RGdR RBLF attended the briefing which focused on personal financial management. It highlighted the importance of having emergency fund, monthly income management, obligations in performing zakat and several facilities provided by BIBD that could assist in financial difficulties.

This briefing serves to educate personnel of RGdR RBLF on the importance of individual financial management and to exercise better financial habits. Also, it is one of the initiatives launched by the Finance Department RBLF to achieve the goal towards having literate personnel in financial management.

 

TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI DARI BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALAM (BIBD) TERUS TINGKATKAN KESEDARAN LITERASI KEWANGAN

PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Jumaat, 18 Ogos 2023 – Pejabat Kewangan Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan kolaberasi padu bersama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengadakan Taklimat Pengurusan Kewangan Peribadi pada hari ini bagi anggota Rejimen Pengawal Diraja (RPD) TDDB bertempat di Rumah Masak RPD TDDB, Perkhemahan Sungai Akar. Taklimat disampaikan oleh Hajah Noor Tamtini binti Haji Basir dan Norliah binti Haji Md Taib, Pegawai Kewangan BIBD.

Seramai 100 pegawai dan anggota RPD TDDB menghadiri taklimat berkenaan yang memfokuskan pengurusan kewangan persendirian. Ia juga menekankan kepentingan untuk mempunyai simpanan kecemasan, pengurusan pendapatan bulanan, kewajiban dalam pembayaran zakat dan beberapa kemudahan yang ditawarkan BIBD bagi menyelesaikan permasalahan kewangan.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya pengurusan kewangan persendirian yang mantap khususnya bagi anggota RPD TDDB dan menanamkan tabiat kewangan yang lebih baik. Ia juga merupakan salah satu inisiatif Pejabat Kewangan Markas TDDB bagi merealisasikan matlamat dalam menuju ke arah warga TDDB yang celik ilmu pengurusan kewangan.​